in

Ramai Sebak Tonton Nyanyian Merdu Pasangan Kembar Ini Di Majlis Graduasi

kembar nyanyi Hero main

Majlis graduasi menjadi satu peristiwa bermakna buat graduan meraikan hari istimewa dalam hidup mereka. Hari ini juga menyaksikan ramai ibu bapa, keluarga dan yang tersayang hadir untuk turut meraikannya.

BACA: Graduan Rangkul Anugerah Dekan Setiap Semester Dengan Cemerlang Cetus Inspirasi!

Bagi graduan Master of Performing Arts Research in Education (Muzik) yang bernama Nur Wafa Amira Bnti Hisamudin ini, dia meraikan hari istimewanya itu dengan membuat persembahan bersama pasangan kembarnya, Nur Aliah Izzaty.

Memilih untuk menyanyikan lagu ‘Hero’ nyanyian asal Mariah Carey, pasangan ini sebenarnya membuat kejutan buat ibu dan bapa mereka.

Persembahan tular di sosial media

Berkongsikan nyanyian merdu mereka melalui video yang dimuat naik di Twitter, setakat ini video tersebut telah meraih lebih 177,000 tontonan dan 6,600 retweets serta 8,600 likes.

Menurut gadis berusia 24 tahun ini sebelum keluar menyanyikan lagu tersebut dia sangat gementar dan cuba untuk tidak menitiskan air mata. Namun akhirnya pasangan kembar berasal dari Kuching, Sarawak ini berjaya melakukan persembahan tersebut dengan jayanya.

Video penuh

Berikut adalah video penuh persembahan mereka:

 

Rata-rata netizen tersentuh mendengarkan nyanyian dua gadis ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Serius best sis. Congrats”

kembar nyanyi Hero 2

“Dahlah cantik, pandai, dua-dua reti menyanyi…”

kembar nyanyi Hero 3

“Asal aku menangis?..”

kembar nyanyi Hero 4

“Wow, meremang bulu roma dengar korang berdua menyanyi”

kembar nyanyi Hero 1

Sumber: wafahisamudin / wafa hish

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sarah

Iras barbie doll, anak perempuan Puteri Sarah & Syamsul ‘gebu’ bikin ramai geram!

naqiu

“Meremang…”- Nyanyian ‘Meraung’ Naqiu viral, wajah muda buat netizen tertanya-tanya umur