in ,

Sekolah Di India Ini Hanya Terima Sisa Plastik Sebagai ‘Bayaran’ Yuran

AKSHAR_FORUM_630_630-tile

Ramai yang melihat botol plastik sebagai sampah, tetapi bagi pelajar dari Sekolah Akshar yang terletak di Assam, India, bahan buangan itu sama berharga dengan wang ringgit.

BACA: Guru Wanita Terkejut Dapat Ayam Dari Pelajar Sebagai Hadiah Hari Guru

Pada mulanya, rancangan pasangan Mazin dan Parmita untuk membina sekolah percuma menemui jalan buntu apabila ramai ibu bapa enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana mereka lebih berguna membantu keluarga mencari wang.

AKSHAR_FORUM_630_630

Namun selepas menyedari bahawa penduduk di kawasan perkampungan itu sering membakar sisa plastik untuk menaikkan suhu persekitaran, pasangan itu mendapat idea untuk mengutip hasil buangan sisa plastik dari pelajar sebagai ‘yuran’ persekolahan.

akshar-7-1

Selain tampil dengan kurikulum yang dapat memuaskan hati semua pihak di mana pelajar dapat menerima pendidikan sambil menghasilkan duit untuk diberikan kepada keluarga, orang ramai juga tidak perlu lagi bernafas dalam udara toksik hasil dari pembakaran plastik.

Kurikulum baru itu memerlukan setiap 110 pelajar di Sekolah Akshar untuk membawa 20 botol plastik ke sekolah setiap minggu untuk menghadiri kelas.

unnamed

Botol-botol plastik yang dikumpulkan pula akan dijadikan ecobricks atau batu-bata plastik dengan memampatkan sisa-sisa plastik yang lain ke dalam botol, sebelum menjadikannya bahan untuk membina infrastruktur-infrastruktur baru.

INDIA-ENVIRONMENT-EDUCATION

Tambahan pula, para pelajar dibayar untuk menghasilkan ecobricks, dengan cara itu mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Sumber: Time

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EDSP1vSVUAEnwgS-tile

Peminat ‘Zoom’ Gambar Refleksi Dalam Mata Idola Untuk Cari Lokasi Rumah

Annotation 2019-10-17 032915-tile

Untuk Elak Meniru, Guru Arah Pelajar Pakai Kotak Di Kepala Ketika Jawab Periksa