in

Syarikat Fotografi Kongsi Klip ‘Disebalik Tabir’ Sesi Ambil Gambar Pengantin, Kreatif Tapi Lucu!

Screenshot_2019-10-17-08-29-46-454_com.google.android-tile

Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh raja sehari pada hari perkahwinan mereka adalah sesi fotografi di mana mereka dapat merakam keindahan hari bermakna itu.

BACA: Burger Di Tangan Tiba2 Lesap, Ingatkan Terjatuh Rupa-Rupanya…

Kini dengan wujudnya banyak perniagaan fotografi yang menyediakan perkhidmatan profesional, pasangan pengantin dapat kelihatan megah dan berseri dalam gambar perkahwinan mereka.

Namun gambar perkahwinan yang cantik bukan sahaja bergantung kepada kehebatan jurugambar atau kemahiran editing semata-mata.

Seperti yang dikongsikan oleh sebuah syarikat fotografi dari China, gambar-gambar pengantin yang unik dan istimewa memerlukan kreativiti serta kegigihan kru jurugambar dalam mewujudkan pemandangan dan suasana yang sempurna untuk pengantin.

2

1

Dalam video yang tular itu, kru syarikat fotografi tersebut dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk menghasilkan efek semula jadi dalam gambar yang ditangkap.

Screenshot_2019-10-17-08-30-41-839_com.google.android.youtube

Selain mengambil gambar pada posisi yang kurang selesa demi mendapatkan sudut terbaik, mereka juga sanggup menjadikan diri mereka sebagai pemercik air pancut, merakam video sambil pasir disepak ke muka, dan menyelam dalam air untuk mengapungkan pengantin.

Screenshot_2019-10-17-08-30-36-771_com.google.android.youtubePembantu kru juga akan mengajar pasangan bagaimana untuk berikan pose yang cantik, di samping itu mereka juga akan melakukan aksi-aksi lucu untuk membuat pengantin tersenyum, agar pose mereka nampak lebih natural dan candid.

Screenshot_2019-10-17-08-29-53-709_com.google.android.youtube

Screenshot_2019-10-17-08-31-13-474_com.google.android.youtube

Kru fotografi berkenaan jelas mengorbankan seluruh jiwa raga mereka untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang istimewa untuk pelanggan mereka. Tidak hairanlah harga perkhidmatan fotografi perkahwinan boleh mencecah ribuan ringgit.

Tonton video di bawah untuk lihat ‘kegilaan’ kru-kru jurugambar perkahwinan:

Sumber: South Morning China Post

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Annotation 2019-10-17 032915-tile

Untuk Elak Meniru, Guru Arah Pelajar Pakai Kotak Di Kepala Ketika Jawab Periksa

rosyam

Azhan Rani Kongsi Foto, 4 Hero Malaya Digelar Legend!