in ,

‘Taksub’ Konsep Kembar, Adik-Beradik Sanggup Cari Pasangan2 Kembar Untuk Perkahwinan

319-tile

Walaupun kerap berlaku, pasangan adik beradik kembar masih dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa. Tetapi apa yang lebih luar biasa adalah apabila kita melihat lebih daripada sepasang adik beradik kembar pada satu-satu masa, di tempat yang sama.

BACA: Juruwang Berjalan 10 KM Ke Tempat Kerja Melalui Lebuh Raya, Terkejut Dihadiahkan Kereta Baru

Itulah rancangan sepasang adik beradik kembar dari Kerala, India, apabila mereka mengambil paderi, page boy, dan flower girl yang semuanya kembar untuk meraikan perkahwinan mereka yang luar biasa dan unik.

wedding3

0c1d44f4051c5b487e8013e48b9cef54

x1080

Malah, Dilraj dan Dilkar juga menghabiskan 5 tahun untuk mencari pasangan hidup masing-masing sebelum bertemu dengan 2 jururawat kembar, Reema dan Reena melalui sebuah laman mencari jodoh.

6b0ea00b5a5c80001ffa39aff4a64188

Menurut mereka, pencarian itu tidaklah mudah kerana mereka juga perlu mencari pasangan dari latar belakang keluarga yang sama.

Kedua-dua lelaki yang bekerja dalam bidang IT itu berkata kehidupan mereka sentiasa sama dalam apa saja yang mereka lakukan.

Selain hanya memakai baju yang sama sejak kecil, Dilraj dan Dilkar juga sering mendapat markah yang sama dalam peperiksaan, malah turut mendapat kerja pertama mereka dengan syarikat yang sama.

f86c1bf5749feece0c7e7ce8c33b3e92

‘Taksub’ dengan persamaan yang mereka kongsi, adik beradik itu terus cuba untuk melakukan segala-galanya bersama-sama.

Namun mereka terpaksa berpisah buat pertama kali selepas memulakan kerjaya profesional apabila mereka ditugaskan di kawasan yang berbeza.

2E58D2C800000578-3313981-Twin_times_In_total_there_were_seven_sets_of_twins_at_the_ceremo-m-8_1447318858895

Kini sekali lagi mereka perlu berpisah untuk menjalani kehidupan berumahtangga.

Sumber: Elite Readers

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

budak perempuan main bola main

Tular Aksi Lincah Main Bola Sepak, Ramai Kagum Lihat Bakat Budak Perempuan Ini!

gigi-tile

Mak Cik Guna Pencungkil Gigi Untuk Elak Budak Lelaki Tertidur Di Atasnya Dalam MRT