in ,

Tiada Pasangan Untuk Ke Majlis Prom, Remaja Ini Bawa Kucing Jadi Temannya

17d9c3362bad9676b493646e105326a6_500x1-tile

Sesiapa sahaja yang biasa menonton filem Hollywood pasti tahu betapa pentingnya majlis ‘prom’ untuk pelajar tahun akhir di sekolah tinggi.

BACA: Saintis Hasilkan ‘Susu Lipas’ Sebagai Alternatif Yang Lebih Baik Untuk Manusia Dan Alam Sekitar

Majlis prom memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan sosial pelajar, selain menjadi tanda mereka akan menjejakkan kaki ke alam dewasa.

Oleh itu pelajar yang hadir ke majlis prom secara tradisinya memerlukan seorang rakan atau teman istimewa sebagai pasangan mereka.

Pelajar yang tidak mempunyai teman biasanya tidak akan hadir ke majlis berkenaan kerana malu akan keseorangan dan dilihat sebagai tidak pandai bersosial, namun itu tidak menjadi masalah buat seorang remaja ini.

Gara-gara tidak mempunyai teman prom, Sam Steingard mengambil keputusan untuk ‘mengajak’ kucing peliharaannya untuk menjadi teman promnya.

5UTr0dI

Ibu kepada pelajar 18 tahun itu juga turut membelikan gaun berwarna merah jambu dengan kolar dan kasut yang sepadan untuk kucing mereka itu, Ruby, agar anaknya boleh bergambar dengan teman bulusnya itu sebagai kenangan.

guy-takes-cat-prom-ruby-sam-steingard-8

Gambar ‘pasangan’ itu dikongsikan oleh kakak Sam, Caroline telah menarik perhatian ramai kerana cara manja Ruby memandang Sam. Caroline juga mengatakan kucing berusia lebih 10 tahun itu memang sangat rapat dengan adiknya itu.

49e1c491-0d41-4fc1-8ab4-ceb863f5eab8-medium16x9_Promcat_WENN4

Pasti pelajar-pelajar lain cemburu kerana Sam mempunyai pasangan paling comel di majlis tersebut.

Sumber: Elite Readers

Screenshot_20180126-193533_1-tile

Hebat! Gadis Cantik & Kuat Sanggup Jadi Buruh Binaan Untuk Beli Rumah Sendiri

graduan uum bjak main

Graduan Rangkul Anugerah Dekan Setiap Semester Dengan Cemerlang Cetus Inspirasi!