in

Untuk Elak Meniru, Guru Arah Pelajar Pakai Kotak Di Kepala Ketika Jawab Periksa

Annotation 2019-10-17 032915-tile

Sama ada meminta jawapan dari kawan atau memberikan kawan jawapan, pelajar semakin kreatif dalam memikirkan jalan untuk meniru di dalam peperiksaan.

BACA: Lukisan Artis Ini Sungguh Realistik Sehingga Tidak Dapat Beza Mana Objek Sebenar!

Oleh itu, sebagai cara untuk mendisiplinkan pelajarnya, seorang guru Pendidikan Sivik telah mengarahkan kelasnya untuk menyarung kotak di kepala agar mereka tidak dapat melihat jawapan rakan disebelah.

Annotation 2019-10-17 032915

Pendekatan yang digunakan Luis Juarez dari Mexico itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan ibu bapa para pelajar berkenaan, yang menganggap dia sengaja memalukan anak-anak mereka, di samping ingin guru berkenaan dipecat.

Namun pihak sekolah menjelaskan bahawa pendekatan yang digunakan guru itu adalah untuk melatih perkembangan psikomotor para pelajar, dengan mengubah tabiat dan cara pemikiran melalui kawalan pergerakkan mereka.

Exam-cardboard

Selain itu, pihak sekolah juga menegaskan bahawa pelajar kelas itu telah pun bersetuju untuk menjalani latihan itu, oleh itu ia tidak boleh dianggap sebagai mencabul hak individu mereka.

Netizen juga memberikan pelbagai reaksi di mana ada yang mengatakan tindakan guru itu adalah melampau, namun ada juga yang mengakui cara yang digunakan itu adalah berkesan dan menyeronokkan.

Sumber: Elite Readers

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AKSHAR_FORUM_630_630-tile

Sekolah Di India Ini Hanya Terima Sisa Plastik Sebagai ‘Bayaran’ Yuran

Screenshot_2019-10-17-08-29-46-454_com.google.android-tile

Syarikat Fotografi Kongsi Klip ‘Disebalik Tabir’ Sesi Ambil Gambar Pengantin, Kreatif Tapi Lucu!