in ,

Wanita Tersesat Dalam Hutan, Kongsi ‘Aplikasi Tiga Perkataan’ Bantu Selamatkannya

aplikasi sesat dlm hutan main

Hobi aktiviti lasak dan kecergasan seperti mendaki bukit atau menyertai larian ‘trail’ menjadi satu trend terkini. Selain dari dapat menguji kecergasan tubuh, ia juga memiliki pelbagai manfaat lain kepada peserta.

BACA: Pasukan Buat ‘Kepungan’ Untuk Pemain Lawan Betulkan Hijab Di Padang Bola, Terbaik!

Namun seperti diketahui umum, jika menyertai acara sebegini seharusnya langkah berjaga-jaga harus diambil. Orang kata malang tidak berbau. Biarpun sedikit kesilapan mungkin perkara tidak diingini boleh berlaku.

Ini yang terjadi pada seorang wanita bernama Chai Shiaw Fung yang tersesat ketika menyertai acara ‘Sarawak Adventure Challenge’ bersama seorang lagi peserta.

Chai Shiaw Fung
Chai Shiaw Fung

Berkongsikan mengenai pengalamannya itu melalui laman Facebooknya, dia menulis mereka berdua terkeluar dari trek cabaran berkenaan sebelum diselamatkan selepas tiga jam.

Dia yang turut berkongsikan bagaimana mereka berdua ditemui oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan satu aplikasi biarpun kedudukan mereka yang berada dalam kawasan hutan dan tidak mempunyai internet dan GPS.

Menurutnya dia menggunakan aplikasi ‘What3Words’ yang boleh berfungsi biarpun tiada internet dan gps.

Aplikasi yang digunakan wanita ini
Aplikasi yang digunakan wanita ini

Dengan perkataan ‘collapse, yardage, broadening’ kedua mereka berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat. Ketiga-tiga perkataan ini kemudiannya ditukar menjadi koordinat di mana mereka berada.

Koordinat yang dihantar melalui aplikasi ini
Koordinat yang dihantar melalui aplikasi ini

Dia turut menyeru orang ramai untuk memuat turun aplikasi ini yang mampu membantu individu yang tersesat.

Sumber: Chai Shiaw Fung

redah hujan bawak motor main

Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Dalam Hujan, Tapi Ketawa Si Perakam Buat Ramai Terhibur!

ji hyo

Samakan Ungku Ismail Dengan ‘Kwang Soo’, Mira Filzah Pula Dipanggil Song Ji Hyo!