Baru-baru ini tular dengan satu perkongsian seorang wanita yang nyaris dipukau ketika berada di stesen LRT. Kejadian yang berlaku 4 November itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Ensoh Teh dan dialami sendiri rakannya.
BACA: Sistem Tol Di Dubai Ini Sangat Canggih Dan Dapat Pujian Ramai!
Menerusi perkongsiaan itu, sahabatnya pada waktu itu sedang bersendirian di stesen LRT Putra Height mahu menuju ke stesen Sentul Timur. Pada waktu itu jam 3 petang dan dia ditegur seorang lelaki yang nampak agak berusia bertanyakan adakah keretapi yang mereka tunggu itu menuju ke Puchong Prima.
“Saya hanya jawab ya, hanya satu hentian,” tulisnya.
Kemudian lelaki itu berdiri di depannya dan sambung menunggu. Namun keadaan mula pelik bila lelaki itu berpaling dan menghulurkan tangan dan bertanya adakah ianya kotor. Selepas melihat tangannya dan memandang mata lelaki itu secara tiba-tiba dia mula rasa sukar bernafas dan pening kepala.

Pelik dengan keadaan itu dia mula menyedari lelaki tersebut cuba untuk memukaunya dan dengan pantas dia mengalihkan pandangannya.
Mujurlah keretapi tiba dan dia terus naik. Namun lelaki itu terus mengekorinya dari belakang dan duduk dengannya.
Dia bangun menukar tempat duduk dan meminta bantuan kepada 2 lelaki serta menerangkan apa yang berlaku. Biarpun sudah duduk jauh dari lelaki ‘pelik’ itu, namun dia masih memandang wanita itu.

Wanita itu bernasib baik kerana selepas turun lelaki tersebut tidak mengekorinya lagi. Bimbang akan keselamatan orang ramai Enson menasihati supaya sentiasa berwaspada dengan orang tidak dikenali lebih lagi jika sedang bersendirian.
Sumber: Enson Teh