Pengabaian kanak-kanak adalah isu yang dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana kita sering mendengar kes ibu bapa meninggalkan anak-anak dalam keadaan lapar dan tidak terurus.
BACA: “Tak pasal2…”- Tomok dah jumpa kembar, anak peminat percaya ini Upin Ipin sebenar
Oleh itu apabila pejabat polis City of Mesa mendapat panggilan daripada seorang budak lelaki, mereka tidak teragak-agak untuk memastikan kanak-kanak itu dalam keadaan baik.
Namun begitu, panggilan yang mereka terima dari Charlie bukanlah panggilan kecemasan, tetapi budak itu menggunakan talian berkenaan untuk memesan satu set Happy Meal.
This past Sunday 5 year old Charlie dialed 911 to order a #HappyMeal 😀
Officer Valdez was dispatched to ensure the call didn't involve an actual emergency & he took time to help Charlie know when its appropriate to call 911. Of course he also brought Charlie his Happy Meal. pic.twitter.com/YY9PkFlwYm— Mesa Police Dept. (@MesaPD) October 30, 2019
Seorang pegawai polis yang baik hati, Scott Valdez, tetap memutuskan untuk menunaikan permintaan kanak-kanak licik itu sementara memastikan bahawa panggilan itu tidak melibatkan kecemasan sebenar.
Apabila tiba di rumah budak lelaki berkenaan, pegawai Valdez turut mengambil kesempatan untuk mengajar Charlie bilakah masa sesuai untuk membuat panggilan 911.
Ibu bapa kanak-kanak itu meluahkan rasa terkejut dan malu dengan kejadian itu namun mereka lega pegawai Valdez mengendalikan situasi itu dengan baik.
Malah netizen turut memuji sifat prihatin yang ditunjukkan pegawai polis itu kepada kanak-kanak berkenaan dan mengambil kesempatan itu untuk mengajarnya tentang panggilan kecemasan.
Jelas ada kanak-kanak yang tahu menjaga diri sendiri dan pandai mencari jalan untuk mendapatkan keperluan asas hidup.
Sumber: Twitter