in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Anjing ‘Cari Gaduh’ Dengan Ibu, Aksi Pukul-Memukul Bikin Geli Hati

page

Bagi sesetengah orang, haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing adalah teman yang setia yang diharapkan dapat menghiburkan hati ketika sedih, bosan, atau kesunyian.

BACA: Bela Ikan Jerung & Ikan Pari Sebagai ‘Dekorasi’ Rumah, Ini Reaksi Netizen

Namun ada juga yang menganggap haiwan peliharaan mereka seperti anak atau adik beradik yang dilayan tidak kurang seperti ahli keluarga lain.

Begitu jugalah bagi seorang ibu ini yang menganggap anjingnya seperti ahli keluarga dan memberinya layanan seperti dia melayan anak-anaknya.

Dalam satu video yang tular, ibu warga Sepanyol itu dilihat memarahi haiwan peliharaannya itu sambil menunding jari pada muka anjing tersebut.

Wanita itu berkata dia tiada masa untuk melayan kerenah haiwan berkenaan yang membuat hal dengan membuang najis merata-rata.

Dia juga memberi amaran akan memukul balik jika anjing itu memukulnya, dan sejurus kemudian haiwan itu memukul tangan wanita itu, membuat wanita itu ‘bengang’.

Dia memukul semula anjing itu dan anak bulusnya itu membalas balik dan mereka terus bergaduh dan membalas pukulan, membuat anaknya Jessica yang sedang merakam geli hati.

Video yang dikongsikan di laman Twitter Jessica kini telah meraih 9 juta tontonan, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua.

“Macam mana dia gaduh dengan bapak kau…”

Annotation 2019-11-28 004957

“Orang hispanik memang layan anjing macam anak sendiri…”

Annotation 2019-11-28 003240

“Takde nak cakap dalam suara baby, terus kena bebel…”

Annotation 2019-11-28 004050

“Bukan penderaan kalau anjing tu pukul balik..”

Annotation 2019-11-28 003852

“Pukul memukul dengan kasih sayang…”

Annotation 2019-11-28 003524

Sumber: Twitter

 

 

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

penyanyi

Gara2 foto bersama MK, Amelia dihujani ‘tag’ nama penyanyi rap popular

kucing merajuk main 7

Gelagat Kucing Dipujuk Lepas Kena Marah Buat Ramai Yang ‘Cair’!