in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Babak’ Di Belakang Nazim Othman Buat Ramai Terhibur!

nazim othman nyanyi main

Hari ini seakan menjadi satu trend apabila seorang selebriti yang ‘terjun’ dalam sesuatu bidang hiburan dan akan turut mencuba melakukan perkara lain-lain. Dari penyanyi akan mencuba jadi berlakon atau pengacara dan begitu juga sebaliknya.

BACA: “10 kali ulang…”- Suami ‘usik’ Noorkhiriah sampai melatah, reaksi Shiera bikin berdekah

Namun semua ini tidak menjadi isu jika seseorang itu sememangnya berbakat. Apa gunanya ada bakat tapi dipendam dan disorok. Gunakan semuanya sebaik mungkin untuk mendapatkan pendapatan yang maksimum. Lihat saja beberapa artis di Malaysia seperti Alif Satar yang pada asalnya adalah penyanyi namun kini sudah bergelar pengacara dan pelakon yang dihormati.

Alif Satar

 

Begitu juga dengan beberapa selebriti tempatan yang lain. Antara lainnya adalah Nazim Othman. Fizikal dan wajahnya memang menjadi tumpuan di pentas peragaan. Namun dia juga banyak berlakon dan terbaru Nazim turut bernyanyi.

Bakat terpendam

Tidak ramai yang mengetahui bakat terpendam figura ini. Sebelum ini ada yang tahu Nazim Othman gemar menyanyi secara suka-suka. Namun siapa sangka kini dia sudah mula serius dengan tampil dengan video lagu cover bersama penyanyi profesional tanah air.

Ada yang tidak sangka Nazim Othman boleh menyanyi sebaik ini bukan? Ini terbukti apabila rata-rata rakan selebriti dan netizen meninggalkan komen memuji nyanyiannya ini.

Video terbaru

Selain sering berkongsikan foto-foto menarik ketika bercuti di Instagram, Nazim Othman juga sering ‘belanja’ pengikut di laman media sosialnya itu dengan video nyanyiannya sendiri.

Terbaru Nazim Othman berkongsikan satu video dia yang sedang menyanyi. Apa yang menariknya dalam video terbaru adalah dengan kemunculan Zara Zya dan Mona Allen. Dua heroin terkenal dalam dunia lakonan di Malaysia.

Petikan dari video ini
Petikan dari video ini

Dalam rakaman yang seakan berada di set penggambaran itu, kelihatan Nazim Othman tengah feeling habis ketika menyanyi sambil di belakang berlakunya ‘drama’ sampingan dari dua heroin tersebut.

Nampak spontan dan gelagat mereka memang boleh buat berdekah!

Bahagian akhir sekali paling ‘win’ sekali! Siap ada babak dukung-mendukung.

Gelagat Zara Zya dan Mona Allen buat ramai terhibur

Video yang dikongsikan Nazim Othman ini telah meraih lebih 63,000 tontonan dan pelbagai reaksi dari rakan selebriti dan netizen.

Berikut antara komen yang ditinggalkan mereka:

nazim othman nyanyi 1

nazim othman nyanyi 2

nazim othman nyanyi 3

Sumber: Nazim Othman

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bekas aiskrim

Adik Teruja Abang Belikan ‘Aiskrim’, Netizen Rasa Kesian…

Wanita kulit cantik

Mahu share rutin penjagaan tapi terima komen ‘2k’, ini balas Ruhainies…