in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Chicken Dinner’ Mudah Dengan Siri Huawei Y9 Ini, Skrin Besar, Bateri Besar & Memori Besar Daripada Harga RM799

DSC02191

Biasanya pengemar PlayerUnknown’s Battlegrounds atau mudah disebut PUBG pasti sudah hafal betul dengan istilah Chicken Dinner yang mana akan muncul diakhir skrin setelah pemain berjaya menjadi orang terakhir yang dapat bertahan hidup.

Jadi sebagai pemain, biasanya korang akan memilih telefon pintar yang bukan sekadar cantik je kan? Tentu saja kita nak yang mempunyai fungsi terbaik. Namun sedihnya juga bila spesifikasi tinggi, harganya pula sangatlah mahal hingga mencecah RM 3500 keatas!

Maka ini sebabnya kami mahu kongsikan telefon pintar baru Huawei Y9s yang akan merubah persepsi dengan menawarkan harga RM 999 bersama pakej hebat dengan skrin besar, bateri besar dan memori juga besar. Jangan terkejut bila HCL bagitahu pula.

  1. Bateri Besar, Jangka Hayat Bateri Tahan Lama!

Telefon

Faktor utama wajib memilih Huawei Y9s ialah kapasiti bateri telefon ini yang sangat besar 4,000 mAh. Sudah tentu bila mula bermain, korang mahu menang sehingga ke akhirnya tapi bila tiba-tiba kehabisan bateri! Wow minta dijauhkanlah ya. Bukan senang nak kalahkan pemain lain, tengok-tengok punca kalah sebab bateri. Saat paling mengecewakan!

Dengan itu, korang kenalah mencari telefon pintar yang mempunyai jangka hayat bateri yang tahan lama seperti Huawei Y9s. Ini kerana dilengkapi dengan bateri 4,000 mAh yang membolehkan 1-2 hari penggunaan penuh selain dapat menyokong sehingga 40 jam panggilan berterusan.

Bukan itu saja, ulang dengar muzik sehingga 80 jam dan melihat video dengan 9 jam sepuas hati dan tonton siri kegemaran korang kerana kecanggihan bateri ini boleh dipercayai dan pasti memberikan pengalaman pemainan yang mudah digunakan kepada pengguna.

Telefon

Untuk menjimatkan lebih banyak kuasa, telefon pintar ini dikuasakan oleh Kirin 710F yang menawarkan prestasi yang menakjubkan dan penggunaan tenaga yang rendah dalam masa yang sama.

  1. Reka Bentuk Terkini

Ni lagi menyedihkan bila hadap situasi yang mana korang perlu meminjam kabel pengecasan daripada rakan tapi tidak menyokong pada telefon korang. Haa, masalah macam ni paling menyusahkan.

Dengan Huawei Y9s ini, korang dah tak perlu susahkan diri lagi kerana telefon pintar ini mempunyai sambungan mengecas melalui USB-C yang menyelesaikan masalah tersebut dan menawarkan lebih banyak kemudahan pengecasan.

Telefon

Disamping itu, ia juga dilengkapi dengan paparan Ultra FullView 6.59 inci dengan resolusi 2340 × 1080 FHD+ untuk menyampaikan warna yang lebih cerah dan terang pada skrin yang mana boleh membawa pengalaman yang lebih mendalam kepada korang dari segi tontonan video, membaca dan permainan.

  1. Ruang Storan Yang Besar

Dalam permainan PUBG mobile juga, yang paling utama pastinya dengan pemilihan kekuatan RAM yang mana akan melancarkan dan memudahkan permainan.

Bagi korang yang masih menggunakan telefon pintar yang membuatkan korang selalu kalah, bolehlah korang mula mendapatkan telefon pintar ini kerana dilengkapi dengan ruang storan besar sehingga 6GB RAM dengan ruangan simpanan sebesar 128GB.

Telefon

Tentunya storan besar itu dapat membantu telefon mengekalkan kelancaran pada setiap masa tambahan pula dengan kecanggihan kamera yang ada pada Huawei Y9s ini turut memberikan manfaat buat korang.

Biasanya apabila focus untuk mendapatkan pengalaman gaming yang cukup baik pasti perlu dilupakan tentang kecanggihan kamera pula. Namun tidak bagi telefon ini kerana memiliki kamera dengan lensa utama 48MP bersama lensa sudut lebar 8MP dan lensa portrait 2MP.

Ringkasnya memang best! Telefon pintar ini menggandingkan tiga kamera dibahagian belakang kerana terdapat tetapan tri-kamera bersama ciri lensa hebat.

Telefon

Tak dilupakan juga, kelebihan siri ini kerana adanya kamera depan yang boleh dikeluarkan melalui mekanisma pop-naik bersama lensa 16MP yang pasti memuaskan selain hadir dengan sokongan AI untuk mencantikkan foto korang.

Dengan spesifikasi yang dimiliki telefon pintar Huawei Y9s sangat sesuai untuk korang mendapatkan Chicken Dinner dengan mudah saja kerana selain pemainan lancar, ia juga mempunyai ciri-ciri hebat.

Seperti HCL katakan tadi, spesifikasi tinggi ini tidak perlu dimiliki dengan harga tersangatlah mahal sehingga perlu jual buah pinggang (hehe kami gurau). Huawei Y9s ini dijual dengan harga berpatutan, RM 999 dan mempunyai spesifikasi sangat memuaskan!

DSC02184

Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh layari laman web produk rasmi Huawei Y9s untuk dapatkan dengan harga RM 999 atau tekan SINI atau lawat pusat jualan HUAWEI berhampiran dengan korang untuk rasai kecanggihan telefon pintar ini.

Psst… HCL nak bagitahu dengan setiap pembelian terawal Huawei Y9s ini, korang boleh dapatkan Huawei Band 4 berharga RM139 secara percuma dengan menebus dari Member Center.

Y9s free band 4 KV

Untuk pengetahuan peminat siri Huawei Y9, kini boleh dimiliki daripada RM999 dan Y9 Prime dengan harga baru RM799 saja. Jangan sia-siakan peluang ni korang!

8

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita kulit cantik

Mahu share rutin penjagaan tapi terima komen ‘2k’, ini balas Ruhainies…

video suntingan game

Video Suntingan 2 Wanita ‘Beraksi’ Tepi Jalan Jadi Game Ini Cukup Hebat!