in ,

Dahsyat! Ibu Ini Terkena Serangan Jantung Gara2 Geram Anak Tidak Faham Soalan Matematik

page

Kanak-kanak lebih cenderung untuk meluangkan masa membuat kerja sekolah mereka apabila ibu bapa ada di sisi, terutamanya untuk subjek yang sukar seperti matematik.

BACA: Anak Aaron Aziz Buat Solekan Kesan Khas, Hasilnya Memang Gempak!

Bimbingan dari ibu bapa juga dapat membantu anak-anak untuk lebih memberikan perhatian dan fokus dalam pelajaran kerana takut dimarahi.

Tetapi ada juga ibu bapa yang terlalu mengambil serius aktiviti itu seperti seorang ibu yang dikenali sebagai Wang dari China.

Ibu berusia 36 tahun itu sangat kecewa dengan anaknya yang tidak dapat memahami tugasan matematik sehingga dia terkena serangan jantung. Akibatnya, wanita itu rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurutnya, dia memang biasa mengajar anaknya membuat kerja rumah setiap malam. Walau bagaimanapun pada hari kejadian dia mendapati dirinya hilang sabar apabila anaknya tidak dapat memahami apa yang diajarkan walaupun telah banyak kali diterangkan.

Annotation 2019-11-06 062058

Wanita itu berkata dia menjadi marah seperti ingin meletup, sehingga dia tiba-tiba sukar untuk bernafas. Mujur dia sempat menghubungi suaminya untuk meminta dibawa ke hospital.

Doktor yang merawat wanita itu berkata wanita tersebut mengalami serangan jantung yang diakibatkan oleh tekanan emosi.

Sumber: WOB

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Annotation 2019-11-06 030546-tile

Detik Cemas Gadis Nyaris Terjatuh Dari Tebing Ketika Mengambil Gambar Ibunya

page

Profesor Ini Beri Anak Patung Sebagai Ganjaran Kepada Pelajar Setiap Minggu, Netizen Terharu