in

LOLLOL WTFWTF

Dikatakan Gelongsor Terpanjang Di Dunia Tapi ‘Komen’ Netizen Bikin Berdekah!

gelongsor air penang main

Menjelang hujung tahun, musim cuti pun bermula. Ramai yang sudah mula merancang destinasi dan aktiviti sempena cuti hujung tahun nanti. Namun buat yang masih tidak pasti ke mana hendak dituju, mungkin boleh mencuba ke Pulau Pinang.

BACA: Lelaki Ini Minta Orang Ramai ‘Kembalikan’ Jerebu Ke Negara Jiran & Reaksi Netizen Memang Kelakar!

Pelbagai makanan dan aktiviti yang boleh dilakukan, ia menjadi destinasi kunjungan ramai. Salah satu aktiviti terbaru dan paling terkenal sekarang ini adalah Penang Escape Theme Park.

Permainan yang paling jadi tarikan adalah gelongsor air sepanjang 1,111 meter yang baru sahaja dibuka baru-baru ini. Lebih menarik, gelongsor air ini merentasi hutan dengan pokok-pokok semulajadi serta pemandangan cukup menakjubkan.

969266scr_08fd4f0ead8dba3

Disebabkan itu, gelongsor air yang juga dinobatkan yang terpanjang di dunia ini menjadi tular di sosial media baru-baru ini.

Seorang pengguna Twitter, Asraf Ahmad berkongsikan mengenai gelongsor air tersebut baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai dengan lebih dari 8,000 retweets serta 9,000 likes.

Namun reaksi netizen mengenai kewujudan permainan ini cukup menghiburkan. Berikut antaranya:

“Gelongsor hari Isnin, Khamis malam Jumaat baru turun”

gelongsor air penang 2

“Dah turun gelongsor tu nanti check roadtax kereta terus takut2 dah tamat tempoh”

gelongsor air penang 3

“Imagine keluar dari gelongsor tiba2 dah dekat Narnia”

gelongsor air penang 4

“Tunggu perempuan bersiap sempat lagi nak main gelongsor ni…”

gelongsor air penang 1

Sumber: The Star / Asraf Ahmad

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nadia

Selepas 2 tahun berkenalan, ini sekitar majlis kahwin ‘meriah’ Nadia Brian, artis turut kongsi

naqiu

“Sekarang dia dah buktikan yang dia bukan kaleng-kaleng”- Netizen