in ,

Domino’s Pizza Dan Pizza Hut Taiwan Keluarkan Menu Piza ‘Boba’

page

Ketagihan terhadap teh boba adalah satu fenomena yang sedang berluasa di negara-negara Asia. Jika sebelum ini boba telah berjaya menakluki makanan-makanan asia, kini ia mula memasuki ke dalam hidangan dari barat pula.

BACA: Wanita Berhenti Minum Air Boba Selama 4 Bulan Untuk Cukupkan Duit Ke Taiwan

Baru-baru ini di Taiwan dari mana minuman itu berasal, Domino’s Pizza dan Pizza Hut telah mengeluarkan menu piza boba, satu berita yang mengecewakan orang Itali.

Di Domino’s, menu piza boba mereka diberi nama ‘Brown Sugar Boba Pizza’ yang menampilkan piza keju dengan boba dan bebola mochi serta madu sebagai toppings, dijual pada harga NT$199 (RM27.28).

screen_shot_2019-10-30_at_2.14.33_pm

Di Pizza Hut pula terdapat QQ Brown Sugar Pearl Big Pizza yang berharga NT$329 (RM45.10).

pizzahut

Walaupun ramai menganggap resepi itu sebagai idea yang buruk, seorang pelajar universiti yang sedang melakukan kajian telah berkongsikan posting dia mencuba menu itu.

Kata individu bernama Lev Nachman, dia meletakkan harapan yang rendah ketika mencuba piza boba itu, namun tidak menyangka bahawa rasanya sangat sedap sehingga dia berjaya menghabiskan satu kotak.

Dia turut menyarankan orang ramai untuk mencuba menu pelik itu.

Sumber: CNN

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sara

Tiz beri ucapan, peminat pula banjiri komen ‘happy birthday’ buat hero drama Sara Sajeeda

tanzi-tile

Setelah 44 Kali Bersalin, Wanita Paling Subur Di Dunia Kini Dilarang Untuk Hamil Lagi