in

CuteCute

Hairul Azreen Kongsi Momen Berharga Dengan Anak, Ramai Puji!

hairul azreen alisa main

Pelakon aksi dan hero Malaya ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Hairul Azreen antara pelakon hebat dalam filem-filem aksi yang dibintanginya. Selepas kejayaan Paskal, filem terbarunya Wira kini masih ditayangkan di pawagam.

BACA: “Dah Tengok 10/10”- 4 hari tayang dah RM2.2 juta, ini reaksi Hairul Azreen

Selain dari kebolehannya yang melakukan aksi di set lakonan, mengintai sisi peribadi Hairul Azreen kini sudah pun memiliki dua cahaya mata. Hasil pernikahannya dengan Hanis Zalikha dia dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak pertamanya Yusuf Iskandar, sudah semestinya sering mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya.

Manakala anak keduanya yang masih kecil, Alisa Aisyah juga tidak kurang hebatnya. Apa yang membuatkan ramai peminat geram apabila melihat wajah anak kecil ini yang putih gebu dan comel!

Nama pun anak selebriti pastinya sering menjadi perhatian ramai. Pasangan ini sering memuat naik video dan foto kedua-dua anak mereka. Terbaru Hairul Azreen berkongsikan foto dia bersama anaknya Alisa Aisyah yang sedang nyenyak tidur dalam pelukannya.

Dalam satu foto yang lain juga kelihatan Yusuf Iskandar turut ‘menyelit’ mahu turut serta bergambar. Berikut adalah kedua foto yang dikongsikannnya berserta kapsyen:

“6am cari ketiak daddy, peluk dia Lepas tu terus tidur,
@thealisaaisyah hahah🥰
@theyusufiskandar pun da bangun
#WiraWatiDaddy” – Hairul Azreen

hairul azreen alisa 1-tile

hairul azreen alisa 2-tile

Begitulah kasih sayang seorang bapa buat anak-anaknya. Jam 6 pagi terjaga pun dilayankan jugalah. Percaya atau pun tidak, ini adalah saat yang penuh makna untuk diluangkan bersama anak-anak. Nanti bila mereka meningkat remaja saat ini mungkin akan menjadi memori indah buat bapa dan anak.

Perkongsian Hairul Azreen ini telah meraih lebih 57,000 likes. Rata-rata netizen dan rakan selebriti meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Abangnya senyum2 pulakk..comel sungguh”

hairul azreen alisa 7

“Gerammm ya rasa nak cubit pipi dia hahahha”

hairul azreen alisa 3

“Tidur pun comel dan sweet baby Alisa Aisyah ni”

hairul azreen alisa 4

“Anak bapak tu..”

hairul azreen alisa 5

“Alahai si gegirl tidur pun ayu je muka”

hairul azreen alisa 6

Sumber: Hairul Azreen

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

gusti

Ahli Gusti Muda ‘Ditumpaskan’ Rakan Dengan Cerebral Palsy, Ramai Sebak

Sham Visa jmpa peminat istimewa main

Video Sham Visa Dipertemukan Dengan Peminat Istimewa Bikin Sebak