in ,

CuteCute LoveLove OMGOMG

Kisah Penuh Inspirasi Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 140Kg ke 88.7Kg!

turun berat badan zafri main

Bila berada di penghujung tahun ramailah yang mula menyenaraikan azam tahun baru. Rancangan yang mungkin akan jadi kenyataan jika ada usaha untuk mencapainya. Salah satu yang paling popular dalam senarai itu adalah azam menurunkan berat badan.

BACA: Buat IF & Diet Suku-Suku Separuh, Gadis Ini Kongsi Keberkesanan Turunkan Berat Badan

Sedari awal tahun lagi pelbagai kisah dan tips turunkan berat badan telah dikongsikan oleh individu yang berjaya mencapainya. Terbaru, seorang lelaki bernama Zafri Amier berkongsikan caranya menurunkan berat badan.

Bayangkan beratnya dari 140kg dan kini dia berjaya menurunkannya menjadi 88.7kg. Perkongsiannya di Twitter telah meraih perhatian ramai dan mungkin boleh jadi panduan dan inspirasi kepada orang lain.

turun berat badan zafri 1-tile

Kira kalori harian

Menurutnya dia menggunakan kaedah pengiraan kalori iaitu jumlah kalori yang boleh diambil sehari. Website yang digunakan untuk mengira kalori adalah builtwithscience.com. Masukkan semua informasi dan anda akan dapat jumlah kalori dan makanan yang boleh diambil.

turun berat badan zafri 2-tile

turun berat badan zafri 4-tile

Guna aplikasi myfitnesspal

Kemudian anda boleh gunakan aplikasi myfitnesspal untuk mengira kalori dalam makanan. Setiap hari masukkan makanan yang dimakan dan aplikasi ini akan bantu keep track jumlah kalori yang diambil.

turun berat badan zafri 5-tile

turun berat badan zafri 6-tile

Tambahnya lagi pada awal mengubah pemakanan mungkin akan rasa sedikit susah, namun lama kelamaan badan akan terbiasa. Bila dapat merasai keserasian, sentiasa pantau berat badan.

Jika berat statik…

Lebih tips lagi darinya ialah apabila berat badan kekal tiada penurunan boleh kurangkan pengambilan kalori dan begitu juga dengan senaman. Jika kebiasaannya anda berjoging 20 minit sehari bolehlah bekerja lebih keras lagi.

turun berat badan zafri 8-tile

Namun harus diingat jangan keterlaluan kerana segala yang dilakukan ini bukan hanya sementara tapi untuk perubahan gaya hidup.

Kena konsisten

Kunci kejayaannya adalah konsisten. Satu lagi adalah orang selalu silap dengan tidak makan nasi. Salah, sebenarnya nasi bagus untuk tubuh. Cuma lauk yang dimakan dengan nasi harus dipilih yang sihat.

turun berat badan zafri 7-tile

Tinggalkan minuman manis

Diet bukan untuk buatkan diri anda lapar. Ia adalah mengenai apa yang anda makan. Tinggalkan minuman manis, maggi dan eat clean. Elakkan makanan deep fried, guna olive oil atau coconut oil. Lebih baik masak sendiri makanan di rumah dan gunakan spray minyak atas pan bila mahu masak.

Sentiasa jaga jumlah makanan yang diambil setiap kali makan. Berapa jumlah karbohidrat, protein dan lemak. Sentiasa lebihkan sayuran kerana ia buatkan anda rasa kenyang dan kurang kalori.

turun berat badan zafri 9-tile

Amalkan intermittent fasting

Selain dari itu Zafri turut mengamalkan intermittent fasting. Puasa 16 jam dan makan 8 jam. Ia sangat fleksible dan boleh diamalkan mengikut kesesuaian rutin harian anda.

Bagi senaman pula, ia bergantung kepada minat masing-masing. Aktiviti apa yang boleh membuatkan anda seronok melakukannya. Zafri sendiri suka ke gim dan angkat berat dan itu yang dilakukannya.

Kesimpulannya

Berikut adalah nasihat darinya untuk sesiapa yang mahu menurunkan berat badan:

turun berat badan zafri 3-tile

Sumber: Zafri Amier

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

iPhone-12-renders-tile

iPhone 12 Mula Jadi Perbincangan, Pengguna iPhone 11 Digelar ‘Ketinggalan Zaman’

bella

Wajah sama & nampak macam kakak, foto Bella dan anak raih lebih 100k likes!