in ,

Lantai Diperbuat Daripada Syiling 1 sen, Hasilnya Nampak Sungguh Memuaskan!

page

Duit syiing satu sen sering dianggap tidak bernilai malah ada yang akan membuang duit satu sen di atas jalan kerana syiling tu tidak berguna bagi mereka.

BACA: Cantik! Habiskan Masa 3 Bulan, Wanita Ini Hias Tab Mandi Jadi Mozek Berwarna-Warni

Namun bagi sesetengah individu yang kreatif, mereka menggunakan duit itu sebagai bahan binaan untuk dekorasi dan hiasan dalaman.

Dalam satu video yang tular, seorang individu telah menggunakan 27,000 keping duit syiling satu sen bernilai $270 untuk dijadikan jubin lantai.

Individu tersebut melekatkankan duit syiling yang disusun mengikut corak yang diinginkan ke atas lantai menggunakan gam Elmer’s glue.

Kemudian setelah keseluruhan lantai dipenuhi dengan wang, satu lapisan epoxy dituangkan ke atas lantai syiling tu untuk mengukuhkanya dan memberikan permukaan yang lebih licin dan sekata.

Hasilnya, lantai nampak sangat mewah dan cantik, malah ada juga dengan corak seperti mozek seramik Rom.

Posting yang telah meraih lebih 2 juta tontonan itu mengundang netizen untuk berkongsikan projek syiling 1 sen mereka sendiri menggunakan teknik yang sama.

Malah netizen juga kagum dengan idea itu yang bukan sahaja memberikan hasil yang cantik malah juga menjimatkan wang dan tenaga buruh.

Sumber: Twitter

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

farah

Farah Nabilah berambut pendek curi tumpuan ramai, dikatakan iras ‘Dora’

page

Bayi Merangkak Hampir Terjatuh Tangga, Mujur Ada Kucing Ini Untuk Selamatkan