in

Lot Tempat Letak Kereta Dijadikan Tempat Tidur Gelandangan

parking gelandangan main 1

Masalah gelandangan bukan sahaja menjadi satu isu di negara luar malah juga di Malaysia. Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, gelandangan membawa maksud orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.

Golongan ini wujud disebabkan kesempitan hidup, tidak mampu untuk rumah hatta bilik sekalipun. Isu gelandangan ini bukanlah sesuatu yang baru, ia telah lama wujud di serata dunia.

Sebelum ini pernah tular dengan tindakan sebuah masjid di Singapura yang ‘membuka pintu’ menerima golongan ini untuk tumpang tidur pada waktu malam di fasiliti yang mereka sediakan.

BACA: Masjid Pertama Sediakan Tempat Tidur Buat Gelandangan Di Singapura

Biarpun hanyalah di sebuah bilik, namun rasanya ia sudah cukup selesa dan bersyukur buat mereka. Sama seperti inisiatif yang dilakukan oleh sebuah badan amal, Beddown di Brisbane, Australia.

Idea asalnya adalah dari pengasas kebajikan itu sendiri iaitu Norman McGillivray. Ia diasaskan untuk membantu golongan yang tiada tempat tinggal dengan menyediakan ruang untuk mereka tidur pada waktu malam.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Ruang yang disediakan adalah tempat letak kereta terbesar di Australia dan kosong iaitu di Parking Secure.

Berikut adalah video balik tabir ketika krew badan amal ini menyiapkan ruang buat gelandangan ini:

Menerusi Instagram badan amal ini, dia memberitahu kawasan itu kosong, jadi mereka memilihnya sebagai tempat untuk gelandangan tidur pada waktu malam. Sudah tentunya mereka turut menyediakan ruang yang selesa dan keselamatan diutamakan.

Melihatkan pada gambar yang dikongsikan mereka, nampak memang selesa siap ada tilam angin dan selimut. Satu fasiliti yang cukup menarik buat golongan ini. Bukan itu sahaja, malah golongan ini diberikan kemudahan lain termasuk perubatan dan tandas.

Tempat tidur yang disediakan
Tempat tidur yang disediakan

Setakat ini badan amal tersebut hanya dapat menyediakan fasiliti hebat itu di Brisbane sahaja. Namun mereka akan menambah di beberapa lokasi akan datang.

Beginilah kehidupan, ada masanya kita di atas dan ada masanya di bawah. Bagaikan roda, bila di atas bantulah sesama insan. Mana tahu esok lusa hari kita pula perlukan bantuan.

Syabas Beddown kerana tampil memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini!

Sumber: Beddowntonight

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

suami isteri

“Aik, sayang bini pon salah? Yang couple2 belum tentu…”- Izzue Islam

Abang dan adik

Ibarat abang & adik, 10 foto ‘kandid’ penyanyi terkenal ini jadi perhatian