in ,

AngryAngry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Sempena Cuti Sekolah, Ini 10 ‘Taman Tema’ Paling Gempak Di Malaysia

lost world of Tambun

Musim cuti sekolah adalah waktu paling sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa bersama keluarga, dan pasti ramai yang ingin mencari lokasi taman tema air untuk membawa anak-anak berseronok dan bermandi manda.

BACA: 10 Kolam ‘Renang’ Paling Unik & Luar Biasa Di Dunia

Namun tidak semua mampu untuk bawa anak-anak bercuti jauh-jauh ke luar negara sama ada disebabkan kekangan waktu atau bajet.

Tapi anda tidak perlu risau kerana di Malaysia juga terdapat banyak tempat-tempat menarik sesuai untuk hiburan kanak-kanak dan dewasa yang bukan sahaja menjadi sasaran orang tempatan malah pelancong asing juga.

Lebih-lebih lagi pada cuti akhir tahun ini pasti kebanyakkan taman tema di seluruh Malaysia mula sesak dibanjiri orang ramai, membuatkan percutian lebih meriah.

Mari kita lihat 10 taman tema paling gempak di seluruh Malaysia yang boleh anda kunjungi bersama keluarga pada cuti sekolah ini.

1. Lost World of Tambun, Perak

Adventure-River-800×600-1

2. Legoland, Johor Bahru

legoland-malaysia-review-1-1

Legoland adalah taman tema air antarabangsa pertama di Malaysia. Terletak di Iskandar Puteri, ia menawarkan lebih daripada 15 permainan menarik dan sehingga 20 gelongsor yang cukup mendebarkan. Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM129 manakala RM109 untuk kanak-kanak.

3. i-City Shah Alam, Selangor

str2_icity_s6_3_lead

Waterworld I-City menawarkan pelbagai permainan yang melonjakkan adrenalin seperti corong Tornado 7 tingkat, Rainbow Racers, Spiral Slide, Family Raft, Wave Pool, Giant Jacuzzi dan banyak lagi. Harga masuk pula hanya RM25 untuk semua peringkat umur.

4. Gold Coast Morib Resort, Selangor

72724241

Gold Coast Morib Water Theme Park yang terletak di Banting menjadi salah satu taman tema yang perlu anda kunjungi kerana kedudukannya di tepi pantai Morib di mana pengunjung dapat menikmati pemandangan Selat Melaka sambil berhibur. Tiket masuk berharga RM25 untuk ddewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

5. The Carnivall Water Theme Park, Kedah

Waterpark_1024px_3-1

Terletak di Sungai Petani, The Carnivall Waterpark terletak hanya beberapa minit dari Cinta Sayang Resort. Tarikan utama taman tema ini termasuk water coaster, wall climbing dan banyak lagi. Tiket masuk pula berharga RM28 untuk dewasa dan RM20 untuk anak-kanak.

6. Bukit Merah Lake Town, Perak

65005315_2440336082685117_84281801106784256_o

Taman tema berkeluasan 11 ekar ini menawarkan tunggangan-tunggangan menarik seperti Boomerang, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Giant Tube Rides, Jumbo Shower, dan banyak lagi. Terdapat juga kemudahan kedai cenderahati, tempat makanan, bilik bayi, dan ruang solat yang disediakan. Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM54 manakala kanak-kanak berharga RM40.

7. Wet World Shah Alam, Selangor

Annotation 2019-11-27 075231

Wet World Shah Alam menawarkan banyak permainan air yang mendebarkan dan sesuai untuk seisi keluarga seperti Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Pirate Cove, Bermuda Triangle and Treasure Island. Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM30 dan RM25 untuk kanak-kanak.

8. Marina Water Park, Perak

Marina-Water-Park-di-Marina-Cove-Resort-Teluk-Batik-Perak-23-1024×612

Marina Water Park terletak di Jalan Teluk Batik bertentangan dengan Pulau Pangkor, memberikan pemandangan dan udara pantai yang indah dan nyaman. Tiket masuk hanya berharga RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.

9. Escape Waterplay, Pulau Pinang

1

10. A Famosa Waterworld, Melaka

1200-a-famosa-water-world

Berlokasi di Alor Gajah bersebelahan dengan A’Famosa Safari Wonderland dan Cowboy Town, tarikan utama taman tema ini Family Raft Slide, Inner Tube Slide, Body Slide and High-Speed Slide. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM32 dan RM26 untuk kanak-kanak.

Jadi tunggu apa lagi, rancanglah percutian bersama anak-anak anda untuk membuatkan cuti sekolah mereka lebih bermakna, bolehlah mereka kongsikan pengalaman kepada kelas apabila masuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Sumber: Lets Go Holiday

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bapa dan anak

Bapa Jaringkan Bola Untuk Anak Tanpa Diketahui, Netizen Cair

kolam ikan

Bela Ikan Jerung & Ikan Pari Sebagai ‘Dekorasi’ Rumah, Ini Reaksi Netizen