in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Senyuman ‘Palsu’ 2 Remaja Ketika Berselfie Curi Perhatian, Rupa-Rupanya…

page

Walaupun remaja suka berselfie bersama rakan-rakan mereka, apabila disuruh untuk bergambar dengan adik beradik ramai yang malu untuk menunjukkan kemesraan.

BACA: Penyokong Harimau Malaya Kekal Positif, Bagi ‘Muah’ Pada Penyokong Pasukan Lawan

Seperti dalam satu siaran langsung sebuah perlawanan hoki, rakaman dua remaja di tempat duduk penonton telah mencuri perhatian ramai.

Rakaman yang tular menunjukkan seorang gadis mengambil gambar selfie dirinya dan remaja lelaki disebelahnya.

Kedua-dua mereka dilihat tersenyum mesra ketika bergambar, namun reaksi remaja lelaki itu terus bertukar monyok sejurus gambarnya diambil.

Adegan yang disiarkan di televisyen itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang menganggap kedua-dua mereka adalah pasangan kekasih dan lelaki itu tidak tahan dengan gadis berkenaan.

Namun apabila ada yang mengalihkan perhatian kepada reaksi muka remaja perempuan itu pula, netizen sedar bahawa kedua-dua mereka telah memaksa diri untuk memberi senyuman ‘palsu’ untuk bergambar bersama.

“Selamatkan perempuan ini…”

Perkara itu membuatkan ramai yang percaya bahawa kedua-dua mereka bukanlah pasangan yang mempunyai masalah hubungan tetapi sebenarnya adik-beradik yang dipaksa ibu mereka untuk bergambar bersama.

Lebih menarik, tekaan netizen adalah benar kerana gadis dalam rakaman berkenaan mendedahkan di Instagramnya bahawa lelaki itu adalah adik lelakinya.

EJrrsXXUcAALbXY

“Mungkin dia geram pasukan dia kalah…tak perlu pandai2 reka cerita untuk kehidupan orang lain…”

Annotation 2019-11-20 082800

“Semua ingat diorang pasangan yang ada masalah hubungan…”

Annotation 2019-11-20 082229

“Beribu-ribu orang cuba reka cerita disebalik situasi itu…”

Annotation 2019-11-20 082205

 

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Sinki Rosak Berbunyi Seperti ‘Seruan’ Nama Perempuan, Netizen Terhibur

ben amir jumpa fariza main

Ramai Puji Akhirnya Ben Amir Bertemu Pelukis Berbakat Istimewa, Fariza