in ,

CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Serius Ah Macam P.Ramlee Zaman Moden” – Netizen

fairuz misran ragaman main

Dua hari lalu berlangsungnya siaran langsung Semi Final Muzik Muzik di TV3 yang memaparkan barisan komposer, penulis lirik dan penyanyi berentap untuk mendapatkan tempat ke malam Anugerah Juara Lagu.

Menyaksikan beberapa persembahan yang digantikan penyanyi asal dengan yang lain seperti lagu ‘Hajat’ nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza, digantikan dengan Bob dan lagu ‘Ragaman’ nyanyian asal Faizal Tahir, dipersembahkan oleh Fairuz Misran.

BACA: Persembahan Apex Tajuddin Padu, Peserta Mentor Milenia Ini Dipuji Faizal Tahir

Ternyata percaturan mengantikan kedua penyanyi ini bukanlah sesuatu keputusan yang salah apabila Bob dan Fairuz Misran membawakan lagu-lagu ini dengan baik sekali.

Apa yang menariknya adalah Fairuz Misran yang sebelum ini sememangnya terkenal dengan gaya nyanyian dan rupanya seiras P.Ramlee, membawakan lagu Ragaman dalam versi yang membuatkan ramai terkejut.

Manakan tidak, memang seiras betul wajah dan gaya nyanyiannya. Biarpun rendisi melodi lagu Ragaman itu lebih moden namun Fairuz Misran membawakan dengan baik sekali.

Buat yang terlepas menyaksikan persembahan hebat Fairuz Misran, ini dia rakamannya…

Ini terbukti apabila di ruangan komen, rata-rata penonton memuji gayanya yang seakan P. Ramlee.

“Macam ni rupanya kalau P. Ramlee nyanyi lagu moden”

fairuz misran ragaman 1

“Hahahha made my day. Intonasi suara ala P.Ramlee just made this song better”

fairuz misran ragaman 2

“Cutenya geram aku tengok tapi serius cam copy paste arwah P.Ramlee”

fairuz misran ragaman 3

“Pemilihan yang bijak! Unik!”

fairuz misran ragaman 4

Sumber: TV9 Malaysia Official

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pu azman

“Haa now ambik kau”- Mengadu ‘break up’, respon gelak PU Azman ada sebab… sangat win!

ayda

“Helok”- Kongsi video berambut pendek, ini ‘reaksi’ ramai buat Ayda Jebat