in ,

Setelah 44 Kali Bersalin, Wanita Paling Subur Di Dunia Kini Dilarang Untuk Hamil Lagi

tanzi-tile

Dalam agama Islam, anak itu adalah rezeki dari tuhan, jadi ada keluarga yang percaya mereka tidak perlu membuat perancangan kehamilan.

BACA: Bapa Tertinggal Kunci Dalam Kereta, Tapi Gelagat Kanak2 Ini Bikin Geli Hati

Begitu juga dengan seorang wanita dari Uganda, Mariam Nabatanzi yang telah melahirkan 44 orang anak sehingga dia digelar ‘wanita paling subur di dunia’.

tanzi

Bagi ramai orang perkara itu adalah mustahil, tetapi bagi Mariam, selain berkahwin pada usia 12 tahun, menurut doktor dia juga mempunyai ovari yang luar biasa besar.

Atas sebab kondisi itu, dia mampu mengandungkan anak yang ramai sekali gus, seperti mana dia telah mendapat anak kembar ketika berusia 13 tahun.

mariam-nabatanzi-and-twelve-children

Dalam masa 25 tahun, dia telah 4 kali melahirkan pasangan kembar, 5 kali kembar 3, dan 5 kali kembar 4.

Malangnya Mariam juga tidak dapat mengambil pil perancang kerana ia memberikannya komplikasi kesihatan sehingga dia pernah koma.

46091305_403

Walaupun kini dia menjadi ibu tunggal selepas suaminya meninggalkannya 4 tahun lepas, Mariam yang berusia 40 tahun tetap dapat menguruskan anak-anaknya.

Dia juga terpaksa melakukan 3 pekerjaan untuk menyara anak-anak yang masih kecil dan untuk menghantar mereka ke sekolah.

Mariam juga tetap menganggap anak-anak adalah pemberian dari tuhan meskipun doktor memberitahu dia tidak dibenarkan untuk hamil lagi.

Sumber: Mirror

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Domino’s Pizza Dan Pizza Hut Taiwan Keluarkan Menu Piza ‘Boba’

Rescue-cats-transform-inmates-lives-at-prison-in-Indiana_TotallyVeganBuzz_3-tile

Wow! Penjara Ambil Kucing2 Terbiar Untuk Bantu Ubah Kehidupan Banduan