in

Video Sham Visa Dipertemukan Dengan Peminat Istimewa Bikin Sebak

Sham Visa jmpa peminat istimewa main

Vokalis kumpulan Visa, Sham menjadi cukup fenomena terkini selepas muncul sebagai peserta Gegar Vaganza tahun ini. Sham Visa yang mencuri perhatian ramai selepas kemunculannya kembali di pentas hiburan dengan wajah dan gayanya yang dikatakan sama seperti Tony Stark dalam Avengers.

BACA: Hairul Azreen Kongsi Momen Berharga Dengan Anak, Ramai Puji!

Sejak itu namanya kian disebut-sebut dan kemunculannya di pentas Gegar Vaganza serba sedikit mengubat rindu peminat padanya. Hujung minggu ini Gegar Vaganza memasuki minggu ke-8, penonton bakal menyaksikan Sham Visa mempersembahkan lagu ‘Separuh Aku’ nyanyian asal Noah.

Sham Visa jmpa peminat istimewa 7

Seperti diketahui ramai, keadaan kesihatan Sham Visa sejak beberapa minggu lalu agak merundum membuatkan tekak dan suaranya terjejas. Namun dengan semangat yang kuat, Sham Visa masih meneruskan persembahannya saban minggu. Memang tabik dengan semangat luar biasa penyanyi ini!

Sham Visa jmpa peminat istimewa 8

 

Biarpun begitu, baru-baru ini Sham Visa berkongsikan satu video momen penuh perasaan apabila dia ditemukan dengan peminatnya yang istimewa. Video pendek tersebut dikongsikannya melalui laman Instagram Shamvisa.official.

Dalam video itu kelihatan pada awalnya peminat penyanyi ini sedang ditemuramah oleh Jihan Muse yang juga pengacara bagi rancangan Gegar Vaganza. Dalam sesi itu kedengaran peminatnya itu memberi ucapan berharap Sham kembali sihat.

Kemudian kelihatan Sham mendekati mereka tanpa disedari peminatnya yang diminta menyanyikan lagu Visa oleh Jihan Muse. Bila Sham mula ikut menyanyi ternyata peminatnya terkejut dengan kehadiran penyanyi ini.

Berikut adalah video saat penuh bermakna buat peminatnya ini yang dikongsikan oleh Sham Visa sendiri:

View this post on Instagram

“Sesungguhnya mereka yg tidak mampu melihat itu lebih celik pendengarannya, lebih sempurna deria rasanya. Alhamdulillah & syukur abg sham dipertemukan dgn insan yg sentiasa menyokong & mengirimkan doa utk kesihatan abg sham…” . Terima kasih @jihanmuse kerana merealisasikan impian Sarah, sahabat istimewa ini. Abg sham sgt terharu kerana diberi peluang bertemu & bersembang. Terima kasih atas segala doamu Sarah. . Moga segala doa kalian dimakbulkan utk suara abg sham kembali sihat seperti sebelum ini. Abg sham janji akan cuba sedaya mungkin utk menghiburkan kalian semua. Biar sakit tapi setidaknya tidak mengalah, inshaAllah.. 🙏🏻 . #MindOrder #MindOrderManagement #ShamVisa #ShamxMindOrder #ShamGV19 #GegarVaganza2019 #GV6 #shamvengers @shamvengers @mindorder

A post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on

Perkongsian Sham Visa ini telah meraih perhatian ramai dengan hampir 12,000 tontonan dan rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Sebaknya tengok”

Sham Visa jmpa peminat istimewa 1

“Ok..pagi2 dah potong bawang Holland…Ssh nak dapat peminat yang macam ni…”

Sham Visa jmpa peminat istimewa 2

“Allahuakbar..AturanNya sangat cantik”

Sham Visa jmpa peminat istimewa 3

“I believe setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya…Semoga Allah memberikan kesihatan, kesembuhan dan mempermudahkan urusan…”

Sham Visa jmpa peminat istimewa 4

“You such a good person…even she blind..she really adore you…Tahniah abang Sham..Keep humble and get well soon”

Sham Visa jmpa peminat istimewa 5

Sumber: Shamvisa.official

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hairul azreen alisa main

Hairul Azreen Kongsi Momen Berharga Dengan Anak, Ramai Puji!

Foto burger sekadar hiasan

Kisah Adik ‘Panjang Akal’ Belikan Burger Buat Kakak Bikin Ramai Terhibur