Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
netflix malaysia

Penn Badgley Sebut ‘Kepoh’ Dan ‘Pak Guard’, Netizen Terhibur!

Nabilah by Nabilah
3 years ago
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read

Siapa yang tidak kenal Penn Badgley, pelakon kacak yang pernah membintangi siri Gossip Girl suatu ketika dahulu.

Kini nama Badgley kembali popular berikutan kejayaan siri Netflix ‘You’ yang berkisarkan tentang seorang pemilik kedai buku yang taksub dengan seorang penulis.

BACA: Ingin Tangkap Aksi Hancurkan Gitar Dalam ‘Slow Motion’, Lain Yang Jadi

Sejak pengumuman musim kedua bagi siri bertemakan stalker itu, ramai yang telah meluahkan kritikan terhadap siri Netflix itu.

Antaranya ramai yang percaya bahawa siri televisyen itu lebih menggalakkan budaya stalker di kalangan netizen.

Image result for joe goldberg gif

Oleh itu Netflix Malaysia mengambil usaha untuk mengingati penonton agar tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku dalam siri televisyen itu.

Salah satunya adalah dengan mengeluarkan iklan perkhidmatan awam dan berkongsi langkah keselamatan agar diri tidak menjadi mangsa stalker.

Dalam iklan tersebut, Penn Badgley dan rakan pelakon yang lain memberikan beberapa tips apabila berkongsikan maklumat peribadi di media sosial.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila Badgley menyarankan orang ramai untuk bergaul dengan jiran tetangga dan pengawal keselamatan di kawasan perumahan agar mereka dapat melaporkan aktiviti mencurigakan.

yes, this one's for the fellas who tag their friends in the comments without context. @younetflix pic.twitter.com/PxcoK9NhRp

— Netflix Malaysia (@NetflixMY) December 23, 2019

Rata-rata netizen terhibur bagaimana pasukan Netflix membuat Badgley menyebut ‘kepoh’ neighbours dan ‘pak guard’ dalam iklan itu.

Walau kedengaran janggal dalam slang Amerikanya, ramai yang mengatakan kata-kata pelakon itu untuk mendekatkan diri dengan penonton Malaysia adalah comel.

“Tak tahan…”

Annotation 2019-12-24 053434 Annotation 2019-12-24 053510

“Comel…”

Annotation 2019-12-24 053534

Annotation 2019-12-24 053756

“Dorang betul2 buat dia cakap kepoh neighbours…”

Annotation 2019-12-24 053634

Annotation 2019-12-24 053734

Annotation 2019-12-24 053822

“Puck guard…”

Annotation 2019-12-24 053654Annotation 2019-12-24 054843

Sumber: Netflix

 

 

Trending

ryan live dengan adik
Lawak

Ryan Bakery ‘Live’ Dengan Adik Sendiri, “Bongsu VS Sulung Haha”

16 hours ago
Hayfa (1)
Hiburan

Parodi dialog popular Hayfa, “Part mak Hayfa, berdekah aku”

5 days ago
Duyung
Hiburan

Suka hiburkan ramai, diam2 Duyung jadi cikgu, “Respek”

3 days ago
Shuib (16)
Hiburan

“Drpd Zero to hero”- Video kejayaan BubbleBee Shuib dihujani ucapan tahniah

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia