in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Aksi Lelaki Bermain Buaian Jadi Ilusi Optik Terakhir Dalam Dekad Ini

page

Media sosial tidak pernah lekang oleh gambar dan video yang mampu memecah-belahkan netizen. Dalam masa 10 tahun, kita telah banyak kali menyaksikan netizen bergaduh gara-gara melihat lain dari apa yang orang lain nampak.

Berjuta-juta pengguna hadir dengan pelbagai hujah untuk menjelaskan apa yang mereka lihat dalam posting-posting ilusi optik yang tular.

BACA: Ini β€˜Gambaran Mental’ Rakyat Indonesia Apabila Mendengar Nama Ibu Negara Malaysia

Perbalahan tentang warna.

Antara isu yang pernah kecoh suatu ketika dahulu adalah ‘The Dress’, iaitu gambar dress wanita yang telah tersebar pada tahun 2015.

Related image

Isu tersebut timbul apabila ramai netizen yang berselisih pendapat tentang warna sebenar pakaian di dalam gambar. Ada yang mengatakan dress itu berwarna hitam dan biru, dan ada pula yang mengatakan ia berwarna putih dan emas.

Isu The Dress berlarutan ke tahun-tahun berikutnya, sehinggalah gambar ‘The Shoe’ pula muncul pada tahun 2017 atas sebab yang sama, iaitu perbezaan persepsi warna. Ada yang mengatakan kasut itu berwarna biru dan kelabu manakala ada yang berkeras warnanya adalah pink dan putih.

Image result for the shoe

Perbezaan persepsi visual.

Fenomena ini mendedahkan perbezaan dalam persepsi visual manusia, dan telah menjadi topik kajian saintifik melibatkan neurosains dan sains penglihatan yang masih lagi diteruskan hingga ke hari ini.

Malah dalam tahun ini sahaja, beberapa ilusi optik telah muncul sekali gus menguji persepsi dan minda pengguna media sosial.

Antaranya adalah video burung gagak yang menyerupai arnab, dan budak popcorn.

Terbaru, aksi seorang lelaki bermain buaian pula telah mencetuskan debat di kalangan netizen.

Video yang tular menunjukkan seorang lelaki sedang bermain buaian, dan orang ramai tidak pasti sama ada lelaki tersebut menghadap ke arah kamera atau ke arah bangunan.

Walaupun pada mulanya ramai yang pasti lelaki itu berhayun ke arah bangunan, selepas diteliti ternyata ada sesuatu yang tidak kena.

Beberapa netizen mengalihkan pandangan ke arah tiang atas buaian itu dengan hujah lelaki itu patut berada di belakang tiang jika dia menghadap ke arah bangunan.

Malah ada yang cuba membuatkan video itu lebih jelas dan mudah difahami dengan menggambarkan aksi lelaki itu dari dua pandangan berbeza.

Namun dengan pelbagai hujah yang munasabah, sama seperti dalam kes ‘The Dress’, ramai yang tetap berdegil dengan persepsi masing-masing.

“Mcm mana org lain boleh nampak dia hadap kamera…”

Annotation 2019-12-31 024010

“10 minit tenung…”

Annotation 2019-12-31 024133

“Saya hanya boleh nampak dia hadap bangunan…”

Annotation 2019-12-31 024204

“Korang nak sangat ulang situasi…”

Annotation 2019-12-31 025054

“Debat terhangat sejak…”

Annotation 2019-12-31 025530

“Telah menyebabkan keluarga saya bergaduh…”

Annotation 2019-12-31 025601

Sumber: Twitter

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary εΌ•γγ“γ‚‚γ‚Š, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EMx8dlSUUAEY9xD-tile

Ini ‘Gambaran Mental’ Rakyat Indonesia Apabila Mendengar Nama Ibu Negara Malaysia

adella sofea trending di Twitter main

Adellea Sofea Trending Di Twitter, Episod 17 Paling Menyentuh Hati!