in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Babak Tidak Masuk Akal Dari Drama Melayu Buat PewDiePie Berdekah!

drama melayu

Hampir semua tayangan cerita yang dihasilkan tidak kira filem bertaraf Hollywood mahupun drama Melayu mempunyai kesilapan akibat ketidaktepatan fakta dan kecuaian.

BACA: Donnie Yen ‘follow’ Hairul Azreen di Instagram, siap tinggal komen!

Biasanya kesilapan-kesilapan kecil ini tidak disedari oleh orang ramai. Tetapi sesetengahnya sangat jelas dan benar-benar tidak masuk akal sehingga membuatkan menonton keliru bagaimana ia boleh melepasi proses penyuntingan.

Cawan Starbucks dalam Game of Thrones

Filem Melayu terutamanya memang tidak asing dengan kesilapan-kesilapan seperti ini. Bagi yang biasa melayan drama Melayu pasti biasa melihat babak-babak yang tidak masuk akal sehingga mendatangkan rasa lucu.

Biasanya kesilapan-kesilapan ini berlaku akibat kekurangan pengetahuan dalam sesuatu subjek, atau gara-gara ingin jimat bajet.

Baru-baru ini pula salah satu gambar lucu yang diambil dari sebuah drama TV tempatan telah mendapat perhatian youtuber paling terkenal di dunia, Pewdiepie.

Dalam gambar yang dikongsikan di Reddit itu, seorang lelaki diihat sedang terlantar di hospital dengan pelbagai peralatan hospital yang disambungkan ke mukanya.

Situasi itu sangat tidak masuk akal kerana peralatan medikal yang digunakan adalah untuk memantau denyutan nadi. Namun dalam babak itu, peralatan tersebut diletakkan seara rawak pada muka pesakit.

Gambar yang dikongsikan membuatkan youtuber itu berdekah melihat pulse oxymeter yang biasanya diklipkan pada jari diletakkan pada hidung pesakit.

lo042ae0ac531

Walaupun babak itu sebenarnya dari sebuah drama parodi yang ditayangkan di saluran komedi Astro Warna, namun rata-rata netizen turut sama geli hati melihat reaksi Pewdiepiew menggelakkan adegan tersebut.

Sumber: Twitter

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

One Comment

Leave a Reply
  1. Kenapa kita nk marahkan pembuat filem/drama lak. Y bodo mat saleh tu, tgk parodi lpeas tu kutuk. Apa le tengin benor.. dah nama pon parodi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Lupa Bawa Anjing Masuk Lif, Mujur Ada Lelaki Prihatin Bukakan Tali

kena kejar lembu

Detik Cemas Penunggang Motosikal Kena Kejar Lembu Ke Stesen Minyak