in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Baju Batik’ Dipakai Artis Korea, Ini Reaksi Netizen…

artis Korea pakai baju batik main

Kain yang bercorak batik dan dibuat pakaian atau lebih dikenali dengan nama baju batik menjadi satu kebanggaan penduduk di nusantara. Jika di Indonesia ada batik jawa, di Malaysia, batik Terengganu dan sebagainya. Begitulah jika nama pun asal-usul serumpun. Banyak benda yang dikongsikan seperti budaya, tradisi, makanan dan lain-lain lagi.

BACA: Lebih 400 ribu likes! Mira payung 3 foto, netizen siap minta nama ‘IG’ adik

Di Malaysia, baju batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis kepada pekerja sektor awam. Tidak hanya itu, ia juga dipakai ketika menghadiri majlis-majlis rasmi dan kenduri kahwin. Kain bercorak batik dibuat baju kemeja untuk lelaki. Manakala bagi wanita pula kain tersebut dijadikan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.

Biarpun begitu, lain pula halnya apabila baru-baru ini tular di sosial media dengan beberapa foto seorang artis Korea yang didakwa oleh netizen memakai baju batik. Artis Korea tersebut adalah Kim Taehyung dan baju yang dipakainya itu sebenarnya adalah dari jenama antarabangsa iaitu Farfetch.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Foto itu pada asalnya dikongsikan oleh pengguna Twitter, chocojjinpangV dan kemudiannya dikongsikan semula oleh syihax. Dari situ ia mula tular dengan lebih 16,300 retweets dan 15,900.

Menerusi perkongsian semula itu, pengguna Twitter tersebut menulis kapsyen, “Baju mesyuarat PIBG” membuatkan ia meraih perhatian ramai.

Berikut adalah foto yang tular:

artis Korea pakai baju batik 4

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Baju outing MRSM”

artis Korea pakai baju batik 2

“Patut macam familiar”

artis Korea pakai baju batik 3

“Hahaha…Abah Tae is here!!”

artis Korea pakai baju batik 1

Sumber: syihax

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

72781203_2468134933423666_9038343581495236412_n-tile

“Macam barbie…”- 4 Foto Jihan Muse serba ‘ungu’, memikat hati ramai!

orang salji

Hebat! Lelaki Habiskan 3 Bulan Untuk Bina ‘Olaf’ Gergasi Dari Salji