in

CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Baju Yang Cantik & Sopan…” – Foto Terkini Fazura Dipuji Ramai

fazura serba putih main

Zaman kini jika selebriti di Malaysia tidak berpakaian sopan pastinya akan mengundang kata-kata kecaman dari netizen atau diklasifikasikan sebagai ‘makcik dan pakcik bawang’. Biarpun baju yang disarungkan cantik dan unik, namun jika tidak kena pada mata mereka pasti akan ada komen kata-kata tidak menyenangkan.

BACA: ‘Baju Batik’ Dipakai Artis Korea, Ini Reaksi Netizen…

Biarpun begitu, menjadi selebriti haruslah bijak dalam menggayakan sesuatu pakaian biarpun dari pereka terkenal. Ciri sopan dan tidak terlalu terdedah haruslah menjadi pilihan supaya sesuai dengan budaya ketimuran.

Terbaru Fazura berkongsikan fotonya ketika menghadiri sebuah majlis berprestij Most Glam 2019 dengan menyarungkan dress serba putih.

Foto tersebut meraih perhatian ramai kerana tampak sopan dan cantik. Tambahan dengan rona putih yang mengikut tema dan potongan baju rekaan dari pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini sememangnya nampak cukup menyerlah.

Berikut adalah antara foto yang dikongsikannya:

fazura serba putih 3a

fazura serba putih 1a

Perkongsiannya ini meraih lebih dari 15,000 tanda suka biarpun dimuatnaik tidak sampai sejam di laman Instagramnya itu.

Rata-rata netizen memuji penampilan Fazura pada malam itu yang memakai baju cantik dan sopan. Mereka meninggalkan kata-kata pujian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Baju yang cantik dan sopan macam pemakainya juga…Moga sentiasa dalam lindungan Allah..Aamin”

fazura serba putih 6

“Fazura so cute, kemas, kemas cantik dan terletak”

fazura serba putih 7

“Suka Fazz, nampak sopan”

fazura serba putih 8

“Jarang nak puji..tapi kali ni cantik sangat baju tu…”

fazura serba putih 5

Sumber: Missfazura

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ben Amir

“Omg no”- Kongsi foto rambut pendek, peminat ‘risau’ lihat penampilan Ben Amir

aeril

“18 kali permintaan saya nak…”- Kapsyen Aeril Zafrel ‘viral’ buat ramai berdekah!