in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Banjir Di Terengganu, Video Lori Selamba Redah Buat Ramai Terkejut!

lori redah banjir main

Penghujung tahun, bulan Disember ini bermulalah musim banjir di Terengganu, Kelantan dan beberapa negeri lain. Saban tahun kejadian banjir bukan lagi sesuatu yang asing buat penduduk setempat, lebih-lebih lagi rumah yang berada di kedudukan berhampiran sungai.

Ini berlaku kerana musim tengkujuh yang mana hujan lebat turun tanpa henti sehinggakan bacaan air di sungai-sungai meningkat dan melimpah. Namun apakan daya, terpaksa juga mangsa-mangsa banjir ini laluinya.

BACA: Dua Pemuda Jadi ‘Hero’ Lepas Bantu Buka Penutup Lubang Dalam Banjir Di Jalanan. Terbaik!

Bencana alam ini pastinya menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan mangsa-mangsa memerlukan bantuan makanan, perubatan dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab bersama dalam membantu sesama masyarakat, dari banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan negeri lain ini dapat dilihat suasana bergotong-royong menjaga sesama kejiranan.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan sebuah lori meredah banjir. Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu, kelihatan sebuah lori besar sedang meredah banjir yang agak dalam dan deras airnya.

Rakaman tersebut meraih lebih 100,000 tontonan dan 3,200 retweets serta 1,600 likes.

Melalui ruangan kapsyen, difahamkan kejadian itu berlaku baru-baru ini ketika banjir di Terengganu.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Nih kalau tenggelam jadi kapal selam ka?”

lori redah banjir 3

“Video ni berjaya diupload ke internet. Jadi saya expect, mereka selamat”

lori redah banjir 1

“Ni kalau Elon Musk tengok video ni…”

lori redah banjir 2

Sumber: My_CrimeWatch

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rumah idaman kanak2 main

Lukisan Rumah Idaman Kanak-Kanak Jadi Lukisan 3D. Nampak Menarik!

Pelakon wanita

Gara2 Hairul Azreen edit foto khas ini, Fify dikatakan iras Ariel Peterpan