in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG

Bapa Ambil Alih Media Sosial Anak Dengan Posting Memalukan Sebagai Hukuman

hukuman

Berbeza dengan masyarakat timur, masyarakat barat tidak mengamalkan hukuman seperti merotan ke atas anak mereka yang melakukan kesalahan.

BACA: Duit RM10 Pemberian Terakhir Dari Bapa, Pemilik Akhirnya Ditemui

Sebaliknya mereka akan merampas semua kemudahan dan keseronokkan yang dimiliki anak mereka.

Antaranya adalah dengan tidak membenarkan mereka berjumpa dengan awan selepas waktu sekolah, tidak memberikan mereka wang saku, dan merampas telefon bimbit atau permainan video mereka.

Itulah yang berlaku kepada seorang remaja dari Texas, Madelynn Sumpter yang ditangkap kerana menjemput rakan lelaki ke sebuah parti sleepover.

Akibatnya ibu bapa Maddie, Tawnya Ford and Larry Sumpter terpaksa menyekat penggunaan media sosialnya untuk mengajar dia agar lebih berdisiplin.

Mereka juga membenarkan anak remaja mereka itu untuk memilih sama ada ingin telefon pintarnya dirampas selama sebulan atau 2 minggu.

Syaratnya adalah jika dia memilih hukuman selama 2 minggu, dia perlu membenarkan ibu bapanya mengambil alih akaun Instagram dan Tik Toknya.

Tidak sanggup untuk berjauhan dengan telefonnya, Maddie memilih hukuman selama 2 minggu dan membenarkan bapanya mnggunakan akaun media sosialnya.

Namun gadis 15 tahun itu segara menyesali keputusannya apabila bapanya mula memuat naik gambar-gambar yang memalukan.

Antarannya Larry tampil berpakaian seperti ‘VSCO girl’ dengan rambut palsu, baju T ketat, getah rambut, dan botol air dalam satu posting di Instagram.

Bapa itu juga dilihat menari bersama anak iparnya dengan berseluar pendek dan berbaju crop top sambil melakukan aksi ‘menggoda’ dalam satu video Tik Tok.

 

Selepas hari pertama, remaja itu meminta untuk mengubah hukumannya kepada satu bulan, tetapi sudah terlambat.

Apabila dia akhirnya mendapatkan semula telefonnya, ramai pengikut dan rakan-rakannya yang mengakui posting ibu bapanya lebih menarik.

Sumber: Instagram, Bored Panda

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

75594534_2752831611445626_3285303175715749888_o-tile

Duit RM10 Pemberian Terakhir Dari Bapa, Pemilik Akhirnya Ditemui

ejen ali the movie main

Ejen Ali The Movie, Tak Terjangkau Dek Akal!