in

CuteCute

Beatbox Cara ‘Abang Sado’ Kembali Tular, Kali Ini Dengan Harmonika Pula

beatbox harmonika main

Seolah menjadi trend terkini, beatbox kian diminati ramai anak muda hari ini. Untuk melakukannya bukan mudah, namun dengan bakat dan latihan pasti ia boleh dilakukan. Beatbox atau dengan kata mudahnya membuat muzik menggunakan pergerakan mulut, ia sesuatu teknik yang memerlukan kemahiran yang tinggi.

BACA: Pameran Barangan Ikea Diubahsuai Pelanggan, Hasilnya Mencuit Hati!

Sebelum ini pernah tular dengan video seorang gadis yang hebat melakukan teknik bunyian ini sehingga meraih perhatian ramai. Kemudian seorang lelaki pula menjadi perhatian ramai dengan gaya beatbox yang dilakukannya boleh tahan hebat.

Tambahan pula fizikal lelaki itu yang kelihatan sasa membuatkan dia menerima gelaran abang sado. Baru-baru ini rakaman abang sado ini membuat beatbox kembali meraih perhatian ramai. Namun kali ini ia melakukannya dengan tambahan alat muzik iaitu harmonika.

Rakaman abang sado itu membuat teknik bunyian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih lebih 138,000 tontonan.

Berikut adalah video yang tular itu:

Selain itu rakaman ini turut mendapat 5,300 retweets serta 8,200 likes. Rata-rata netizen memuji kehebatan lelaki ini membuat bunyian itu. Berikut antara kata pujian yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Rileks je dia buat beatbox”

beatbox harmonika 1

“Pehhh beat ni boek”

beatbox harmonika 2

“Muka main peranan tapi ending awesome gila”

beatbox harmonika 3

“Kalau aku ni dah kejang dah otot pipi”

beatbox harmonika 4

Sumber: emirdnl

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

73423632_154886819210556_7462743643731754898_n-tile

“Saya menerima takdir ini…”- Isteri pertama Da’i Farhan sahkan bercerai

tumblr_obgi15XDaj1uqi7gio3_1280-tile

Pelajar Jumpa ‘Ulat Beluncas’ Dalam Perjalanan Ke Kelas, Ini Yang Jadi…