in

LOLLOL OMGOMG

Bomba Bantu Tangkap Lalat Yang Disangkakan Haiwan Buas

bomba tangkap lalat main

Seperti diketahui umum, tugas anggota bomba bukanlah mudah. Pelbagai cabaran harus dihadapi untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Namun baru-baru ini tular dengan satu kisah yang mana ada individu panggil bomba kerana menyangkakan ada haiwan buas.

BACA: Netizen Terhibur Update Dari Rapid KL Mengenai ‘Kenduri’ Di Laluan Bas

Menerusi perkongsian laman Facebook Bomba Alor Setar, balai bomba Alor Setar menerima panggilan binatang buas di dalam almari di Anak Bukit, Alor Setar pada jam 6.03 petang.

Difahamkan jentera Bomba, anggota, kelengkapan PPE serta alatan yang sepatutnya digerakkan ke lokasi kecemasan.

Namun setibanya di sana bunyi pelik yang disangkakan haiwan buas itu sebenarnya hanyalah seekor lalat.

Perkongsian mengenai bomba bantu tangkap lalat itu kemudiannya dikongsikan semula oleh 999 Malaysia dan telah meraih 6,800 retweets serta 5,300 likes.

Berikut adalah foto yang dikongsikan di laman Twitter tersebut:

ELwgOoqUcAI7TxL-tile

ELwgOdcUcAEz-6x-tile

ELwgOTxUEAAohr–tile

Rata-rata netizen memberikan reaksi berbeza mengenai hal ini. Berikut antara pendapat yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:

“Mungkin dia dengar bunyi lalat dalam almari tu dia ingat binatang buas..Tapi kan…lalat kalau berkumpul sepuluh ribu ekor pun bunyi langsung tak ganas…”

bomba tangkap lalat 3

“Hahahah kalau korang nak tengok bomba handle kes macam ni boleh tengok YouTube ‘Celoreng Bomba’.  Ada kes panggilan ular, last2 pergi katak je”

bomba tangkap lalat 1

“Apapun pengorbanan anggota Bomba Malaysia antara yang terbaik…”

bomba tangkap lalat 2

Sumber: 999Malaysia / Bomba Alor Setar

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tomok

Upin Ipin selebriti buat hal lagi, video pendek lawak netizen siap ‘ulang’ tayang

mira filzah

Tular dah jumpa seseorang, ‘kapsyen’ Caprice buat Mira Filzah beri komen