in , ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Bos susu’ disukai ramai, penaja Gegar Vaganza ini pentingkan kredibiliti!

susu

Meskipun rancangan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) sudah berakhir Ahad lalu namun bukan hanya peserta saja yang menjadi perhatian tetapi penaja rancangan itu juga!

BACA: “Sebijik…”- Video Neelofa & adik Naura tular lagi, siap betulkan tudung!

Azmi Zainal atau turut popular sebagai Bos Susu sejak kebelakangan ini meraih perhatian netizen. Ini kerana dia tidak terikut-ikut dengan teknik pemasaran yang biasa dilakukan oleh usahawan lain ketika muncul di televisyen.

Menerusi mStar, penaja ini percaya produk berkualiti akan meraih tempat dihati pelanggan selain teknik pemasaran yang betul secara tak langsung akan membawa imej baik buat jenamanya.

Screenshot_822
Foto dari Youtube Astro Gempak

‘Setiap pengasas produk mungkin ada karakter tersendiri dalam memasarkan jenama mereka, memandangkan produk kita digunakan oleh semua  peringkat usia terutamanya kanak-kanak, jadi kita kena bawa imej baik dan tak perlu nak riuh-riuh.”

“Kami mementingkan kredibiliti kerana kalau produk itu baik pasti orang akan terima dan masyarakat lebih suka jika penjual menjual sesuatu dengan lebih bersopan santun, berbudi bahasa daripada tak tentu arah.”

Katanya lagi kepada sumber, jika ingin viral itu senang kerana buat saja perangai tak senonoh sedikit namun itu bukanlah cara mereka.

Screenshot_827
Foto dari Youtube Astro Gempak

Ini kerana, dalam perniagaan dia tidak mahu mengharapkan viral semata-mata tetapi memikirkan macam mana mahu kekalkan jenama sehinggalah dipercayai semua.

Bagaimanapun, penonton memberikan pandangan mereka bahawa penaja ini lebih mudah dikawal dan mempunyai karakter yang tenang berbanding penaja sebelum.

Bos susu disukai ramai

Menjenguk pula kelaman Facebook, ramai meninggalkan maklum balas positif buatnya dan turut memberikan pujian akan sikap penaja ini.

Screenshot_817 Screenshot_818 Screenshot_819

Sumber: mStar Online

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

naqiu n sham visa main

Ramai Terhibur Tonton Video Sham & Naqiu Rap Di Instagram

iklan prosperity main

Ramai Akui Sebak Selepas Tonton Iklan McD Prosperity Terbaru Ini