in ,

LoveLove

Cawan ‘Boleh Dimakan’ Langkah Terbaru Untuk Kurangkan Pembuangan Sampah

ELHJcLhWoAI9OLu-tile

10 tahun lalu semua orang membayangkan perubahan yang pesat dalam dunia teknologi. Namun tidak ramai yang pernah menjangka bagaimana gaya hidup masyarakat akan turut berubah dengan drastik.

Seiring dengan perkembangan teknologi.

Dahulu kita hanya membayangkan kehidupan menjadi lebih mudah dan canggih menjelang tahun 2020. Walaupun tanggapan ini menjadi nyata, seiring dengan perkembangan teknologi kita juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis alam sekitar dan pemanasan global.

BACA: Ini ‘Gambaran Mental’ Rakyat Indonesia Apabila Mendengar Nama Ibu Negara Malaysia

Akibatnya penggunaan bahan plastik terpaksa dihentikan untuk melindungi haiwan liar dan hidupan laut serta mengurangkan pembuangan sampah.

Jika sebelum ini telah terdapat syarikat yang mencipta penyedut minuman dari makanan seperti beras dan pasta, kali ini cawan pula digantikan dengan bahan yang boleh dimakan.

Terbaru syarikat penerbangan Air New Zealand telah mula menghidangkan kopi di dalam cawan yang boleh dimakan untuk mengurangkan sisa pembuangan di dalam pesawat.

Cawan yang direka khas untuk syarikat penerbangan itu adalah dalam bentuk biskut rangup perisa vanila yang dapat menampung cecair panas seperti kopi. Malah Air New Zealand mendakwa cawan biscotti itu kekal rangup sehingga air habis diminum.

Ini bukanlah pertama kali bekas minuman yang boleh dimakan telah dicipta. Antaranya di Jepun terdapat perniagaan yang menjual peralatan makan diperbuat daripada kanji kentang yang boleh dimakan.

Selain itu ada juga syarikat di India yang menghasilkan cawan menggunakan bijirin.

“India semakin berkembang!”

Rata-rata mereka yang telah merasa ciptaan baru itu menyokong perubahan dari cawan plastik dan kertas kepada cawan boleh dimakan.

Sumber: NDTV, Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bella astillah

“Saya hanya dipergunakan…”- Bella Astillah dedah ‘2019’ banyak dilalui…

page

“Menyerupai Fried Rice”- Kenyataan Tentang Nasi Goreng Buat Ramai Tepuk Dahi