in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Dajjal’ Jadi Trending Gara2 Siri Terbaru Netflix, Netizen Ketakutan

maxresdefault-tile

Baru-baru ini Netflix telah mengeluarkan trailer untuk siri terbaru mereka yang berkisarkan tentang kemunculan seorang lelaki misteri yang mempunyai kuasa luar biasa.

BACA: Perbualan Dengan ‘Old Money Collector’ Bertukar Serius, Netizen Cair!

Ciri-ciri watak lelaki itu yang dipercayai menyerupai Dajjal membuat netizen tertarik untuk berbincang tentang mesej yang cuba disampaikan oleh cerita tersebut.

Berikutan itu hashtag #dajjal menjadi trending di Twitter membuatkan netizen berasa resah dan takut.

 

Bagi yang biasa menonton filem Hollywood pasti tidak hairan dengan ‘idea’ yang diketengahkan oleh rancangan itu.

Ini kerana industri perfileman Amerika Syarikat memang gemar menghasilkan cerita berkenaan hari pembalasan sambil mempersoalkan nilai keagamaan.

Dalam cerita bertajuk ‘Messiah’ itu, seorang ejen CIA ditugaskan untuk menyiasat kes mencurigakan berkenaan seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai utusan tuhan.

Lelaki misteri itu muncul secara tiba-tiba untuk memimpin orang-orang yang terdesak dengan menghasilkan pelbagai keajaiban dan menyelamatkan nyawa mereka.

Bina tentera.

Walaupun ada yang meragui tujuan dan motif lelaki berkenaan, ramai yang terpengaruh dan terus menjadi pengikut lelaki yang digelar messiah (al-masih) itu.

Namun apabila lelaki itu mula mendapat pengikut yang banyak, pihak CIA mula sedar bahawa lelaki itu sedang membina tenteranya.

Dajjal mengikut Islam.

Jalan cerita siri Netflix itu sememangnya mempunyai kaitan dengan kisah Dajjal seperti yang diajarkan oleh agama kita sendiri.

Dalam Islam, Dajjal dikatakan akan muncul untuk menipu manusia dengan menggelar dirinya tuhan.

Selain itu, dia juga akan hadir dengan fitnah yang menggoda terutamanya bagi manusia-manusia yang tidak kuat imannya, sehingga mereka menjadi kafir dan mengaku dia adalah tuhan.

Bakal memulakan siaran pada 1 Januari 2020, trailer siri Messiah itu telah mengundang netizen untuk berkongsi pelbagai pandangan.

Ada yang merasakan rancangan itu adalah berkenaan kedatangan Imam Mahdi.

Ramai juga yang meninggalkan komen untuk mengingatkan orang ramai supaya mempersiapkan diri agar tidak terpengaruh dengan penipuan dajjal, mahupun agenda siri Netflix itu yang mungkin cuba untuk mengelirukan penonton.

“Menakutkan…”

“Hafal surah al-Kahf…”

“Kisah tentang dajjal keluar pada permulaan dekad baru…”

Sumber: Twitter

 

 

 

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

old money collector

Perbualan Dengan ‘Old Money Collector’ Bertukar Serius, Netizen Cair!

Pelakon drama spontan

‘Drama Spontan 17’ dari awal sampai habis bikin penonton gelak besar!