in

CryCry CuteCute LoveLove OMGOMG

Duit RM10 Pemberian Terakhir Dari Bapa, Pemilik Akhirnya Ditemui

75594534_2752831611445626_3285303175715749888_o-tile

Setiap orang perlu mengharungi pemergian orang yang tersayang dalam kehidupan mereka. Walaupun pahit, kenangan atau pemberian terakhir yang ditinggalkan pasti sangat berharga.

BACA: Selamatkan Diri Dalam Air Dengan Jadikan Seluar Sebagai Pelampung

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah terjumpa sekeping duit RM10 dan meminta bantuan netizen untuk mencari pemiliknya.Annotation 2019-12-03 072226-vert

Walaupun RM10 tidak begitu besar bagi kebanyakkan orang, nilai duit yang dijumpai individu atas nama Hyza Ezany itu lebih berharga dari nilai sebenar wang itu.

Pada wang kertas itu tertulis nota sedih yang menyatakan bahawa wang itu merupakan pemberian terakhir seorang bapa kepada anaknya.

75594534_2752831611445626_3285303175715749888_o

78581509_2752831728112281_2725751791261057024_o

Setelah 2 hari tersebar di media sosial, pemilik wang itu akhirnya berjaya ditemui. Dalam satu posting Facebook yang menyentuh hati, Anne Malar Yesudass mengucapkan terima kasih kepada Hyza dan netizen.

Menurut Anne, wang itu adalah pemberian terakhir oleh bapanya sebelum terlibat dalam kemalangan pada tahun 2010, ketika dia berusia 17 tahun.

Annotation 2019-12-03 072148

Dia juga berkata wang itu merupakan barang paling bernilai dalam hidupnya, sehinggalah dompetnya dicuri pada 1 September 2018.

Mujur posting Hyza ditemui oleh kakak Anne yang kemudiannya berkongsikan berita itu dengannya melalui WhatsApp.

Anne mengakui ucapan terima kasih sahaja tidak dapat menggambar betapa dia menghargai tindakan prihatin Hyza dan netizen yang membantu menemukan dia dengan kenangan terakhirnya bersama bapanya.

Sumber: Facebook, Mothership

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pegawai british

Panduan Untuk Pegawai British Cakap Melayu Undang Komen Lucu

hukuman

Bapa Ambil Alih Media Sosial Anak Dengan Posting Memalukan Sebagai Hukuman