in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Ejen Ali The Movie, Tak Terjangkau Dek Akal!

ejen ali the movie main

Tahun 2019 menyaksikan tiga filem animasi tempatan gah mengharumkan nama Malaysia dengan tayangan hebat dan pecah panggung. Paling terbaru adalah Ejen Ali The Movie yang sudah pun mula ditayangkan di pawagam 28 November yang lalu.

BACA: Filem Animasi Pendek Tempatan, ‘Batik Girl’ Raih Pelbagai Anugerah Antarabangsa. Hebat!

Kami sendiri sempat menonton Ejen Ali The Movie pada hujung minggu baru-baru ini. Sebelum mula ditayangkan lagi, filem ini sudah mula membuat promosi sejak beberapa bulan yang lalu. Pada ketika itu menonton trailernya sahaja sudah boleh bayangkan kehebatan filem animasi ini.

Trailer

Tonton trailer Ejen Ali The Movie di bawah ini:

Amacam? Trailer filem ini sahaja sudah membuatkan hati rasa teringin untuk menontonnya. Tiket wayang ditempah tiga hari sebelum. Biarpun hampir penuh, namun kami masih berjaya dapatkannya.

Ahad malam kami bertolak dari rumah ke TGV iCity Central untuk ‘bertemu’ Ejen Ali. Hujan membasahi bumi tapi demi janjitemu ini kami redahi juga. Hampir 15 minit perjalanan, kami memilih untuk parkir di bangunan seberang pusat beli-belah itu untuk elak dari berlegar-legar mencari ruang parkir di sana yang selalu sahaja penuh.

Tiba di TGV cinemas, masa untuk pickup popcorn dan air yang ditempah awal. Agak panjang barisannya dan perlahan. Anak-anak sudah begitu tidak sabar mahu menonton Ejen Ali The Movie.

Anak-anak tidak sabar mahu 'bertemu' Ejen Ali
Anak-anak tidak sabar mahu ‘bertemu’ Ejen Ali

Kali ini kami mencuba hall Family Friendly yang dikatakan lebih mesra kanak-kanak. Maka bermulalah filem yang dinantikan.

Sinopsis

Jadi ini dia serba sedikit sinopsis filem ini:

Berkisarkan mengenai Ali, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi spy di bawah agensi perisikan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Menggunakan teknologi I.R.I.S dalam menjayakan misi, ini menjadikan Ali antara Ejen yang agak istimewa.

Ali yang dilantik menjadi ejen
Ali yang dilantik menjadi ejen

Filem yang bermula dengan babak Dato Othman, datuk bandar Cyberaya dan individu yang bertanggungjawab menubuhkan M.A.T.A. diserang oleh penjahat di dalam pesawat.

Petikan dari filem ini
Petikan dari filem ini

Dipendekkan cerita, konflik bermula apabila Ali mahu mengetahui mengenai ibunya yang sudah pun meninggal dunia sejak dia kecil lagi.

Di situ dia bertemu Niki yang tinggal di pinggiran, sebuah penempatan di pinggir kota Cyberaya. Dia mendakwa mengenali rapat ibunya. Dari situ Ali mula beralih arah…

Mahu tahu lebih lagi kenalah tonton sendiri.

7 Perkara yang kami suka dalam Ejen Ali The Movie

1. Plot twist demi plot twist. Biarpun jalan ceritanya kami kira agak berat buat kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah untuk faham, namun ia bukanlah isu besar. Ini juga memberikan kelebihan kepada orang lebih dewasa untuk enjoy tonton filem animasi.

2. Permainan emosi. Menjadikan emosi Ali yang gigih tercari-cari mengenai ibunya dan merindui kasih sayang ibu yang turut dilalui Alicia yang merupakan anak yatim piatu. Malah babak dihujung filem ini turut membuatkan anak kecil faham apa yang cuba disampaikan kasih sayang ibu pada anaknya.

3. Aksi tanpa henti. Filem animasi apakah ini?? Ha..ini yang bermain di fikiran kami ketika menonton Ejen Ali The Movie. Dari mula hingga penghujung, aksi demi aksi dipaparkan. Memang tidak membosankan dan sentiasa mendebarkan!

Antara karakter tambahan bantu perjalanan cerita
Antara karakter tambahan bantu perjalanan cerita

4. Watak Comot antara yang boleh terima pujian. Comel, setia dan bijak. Maklumlah kucing peliharaan perisik (Ejen Ali), mestilah hebat macam tuannya.

5. Animation taraf antarbangsa! Setiap pergerakan sangat smooth, contoh siap ada pergerakan rambut ketika watak berjalan. Memang details habis pembuatan filem animasi ini.

Babak dari filem ini
Babak dari filem ini

6. Babak seakan filem Tamil. Ketika kemunculan jeneral bersama rakan-rakannya, pergerakan pergaduhan tidak logik dek akal membuatkan penonton teringat babak dari filem Tamil. Satu lagi ketika pekerja restoran mamak menyanyi di dalam kedai itu pun membuatkan kita rasa seperti menonton filem lain.

7. Soundtrack hebat. Dua soundtrack yang pertama ‘Kita Jaga Kita’ dari Altimet X Cuurly X Malik Abdullah. Kedua adalah lagu ‘Bukalah Matamu’ nyanyian Aisyah Aziz dan Bunga. Keduanya memang boleh layan!

Buat yang masih belum menontonnya pergi tempah tiket sekarang. Kami sendiri pun rasa mahu tontonnya sekali lagi filem animasi yang telah meraih RM6.4 juta kutipan dalam masa 3 hari tayangannya.

Sumber: Ejen Ali

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hukuman

Bapa Ambil Alih Media Sosial Anak Dengan Posting Memalukan Sebagai Hukuman

adik beradik selebriti

Lebih 400 ribu likes! Mira payung 3 foto, netizen siap minta nama ‘IG’ adik