in

Gelagat Bapa Hiburkan Anak Kecil Ketika Tonton Tom & Jerry

bapa hiburkan anak

Dalam kebanyakkan keluarga, bapa kurang meluangkan masa dengan anak mereka yang masih kecil kerana kesibukkan kerja. Kadang kala anak-anak kecil juga lebih suka berkepit dengan ibu berbanding bapa.

BACA: Eksperimen Tular Dedah Mengapa Lelaki Gagal Cabaran ‘Angkat Kerusi’

Namun kajian menunjukkan bahawa bapa dengan sikap yang mesra dan lembut serta selalu terlibat dengan aktif dalam kehidupan seharian bayi mereka dapat memberikan kesan positif kepada kecerdasan otak.

Dalam zaman yang serba canggih ini juga, peranan bapa tidak sekadar menyediakan makanan, membelikan permainan dan menjadi simbol disiplin di rumah.

Sebaliknya para bapa juga bertanggungjawab untuk mengekalkan interaksi bersama anak-anak mereka.

Di samping itu, melibatkan diri dalam bermain dengan anak-anak ketika mereka masih kecil juga memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, tidak semua bapa pandai menghiburkan anak atau selesa bermain dengan budak yang masih kecil.

Berbeza pula dengan seorang ayah warga China ini yang sanggup pergi jauh untuk membuat anaknya ketawa.

Dalam video yang tular, seorang bapa dan anaknya dilihat sedang menonton kartun Tom & Jerry, di mana bapa itu kemudian berpura-pura mengenakan Tom yang berada di dalam kaca TV.

Aksi lucu bapa itu membuat anaknya melompat seronok, malah dia sendiri kelihatan ceria dan gembira melihat anaknya terhibur.

Video yang kini telah meraih lebih 6.5 juta tontonan mengundang netizen untuk memuji usaha bapa itu dalam menghafal babak tersebut supaya persembahannya menjadi.

“Kena tengok dan praktis semata-mata untuk anak…”

Annotation 2019-12-11 080140

“Mesti kena banyak kali tengok…”

Annotation 2019-12-11 081018

“Nak jadi ayah camni…”

Annotation 2019-12-11 080909

“Keseronokan bermain dengan anak-anak…”

Annotation 2019-12-11 080732

“Kreatif…”

Annotation 2019-12-11 080606

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

anjing mengawan

Anjing Buat Aksi ‘Tidak Senonoh’ Dengan Bayi, Netizen Geli Hati

ozlynn2

Kapsyen ‘1819’ Aprena Manrose bikin terhibur tapi reaksi Ozlynn lagi win!