in

Hebat! Lelaki Habiskan 3 Bulan Untuk Bina ‘Olaf’ Gergasi Dari Salji

orang salji

Ukiran orang salji yang biasanya terdiri daripada tiga bola salji dengan saiz berbeza sering dibina di kawasan dengan salji yang banyak.

Sebagai negara kedua terbesar di dunia, Kanada mengalami musim salji sepanjang tahun. Malah negara beriklim sejuk itu memerlukan bajet khas untuk mengalihkan salji.

BACA: Terhibur! Satu Asrama Lelaki Bising Gara2 Demam ‘Frozen 2’

Salji yang tebal sudah tentu akan menyekat pergerakkan dan pelbagai aktiviti di luar rumah. Namun seorang lelaki telah mengambil peluang itu untuk menghasilkan orang salji gergasi yang lebih besar dari rumahnya.

Ben Willingdorf mengambil masa selama tiga bulan membina ukiran Olaf setinggi 22 kaki dengan hasil yang sangat mengkagumkan.

Dia mendapat idea itu selepas berjalan-jalan di sekitar bandar dan melihat tiada siapa yang mengambil peluang untuk membina orang salji dari salji yang bertimbun.

Melakukan projek itu di kediamannya di Quebec, Ben mula mengumpulkan salji dalam bentuk timbunan besar untuk membentuk dasar ukiran.

Selepas timbunan bongkah salji siap didirikan, lelaki berusia 25 tahun itu mula membentuk watak dari filem Frozen itu.

Longgokan besar salji itu dilihat mula bertukar rupa sementara Ben mengukir bentuk Olaf bermula dengan bahagian kepalanya.

Akhirnya dia hanya perlu menambah tangan dan hidung pada watak itu dengan mencari ranting pokok yang sesuai di hutan berdekatan.

Dia juga menggunakan beg tidur berwarna oren untuk menyerupai hidung lobak merah, dan beg tidur berwarna hitam sebagai butang pada badan Olaf.

Hasil luar biasa itu mendapat sambutan meriah di mana sekitar 15 ribu orang datang untuk melihat hasil kerjanya itu.

Namun orang salji Olaf itu hanya bertahan selama satu minggu, malah ukiran saljinya cair sebanyak dua kali ketika dalam proses pembinaan.

Sumber: Story Trender

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

artis Korea pakai baju batik main

‘Baju Batik’ Dipakai Artis Korea, Ini Reaksi Netizen…

ss

Terhibur! Satu Asrama Lelaki Bising Gara2 Demam ‘Frozen 2’