in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Hijab Pakai Buang Steril Pertama Dicipta Oleh Doktor Malaysia

hijab dewan bedah

Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan seorang doktor junior, Farah Roslan telah menghasilkan hijab pakai buang steril yang boleh digunakan semasa dalam dewan pembedahan.

BACA: Gadis Ini Curi Perhatian Christina Aguilera Dengan Nyanyian Padunya!

Dalam perubatan, aspek kebersihan menjadi keutamaan kepada pengamal perubatan tidak kira dari jururawat, pakar bedah, pembantu perubatan dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi bila berada di dewan pembedahan. Mengambil kira dari hujung rambut ke hujung kaki, mereka diwajibkan untuk memakai pakaian khas bagi mengelakkan kawasan sekitarnya bebas dari kuman.

Menerusi laporan media tersebut, Farah Roslan berkata dia mendapat idea menghasilkan hijab pakai buang steril itu kerana bimbang tudung yang dipakainya sehari suntuk mungkin sudah tidak bersih dan dicemari kuman. Ketika itu dia sedang menjalani latihan di Hospital Royal Derby.

_110162832_mediaitem110162831

Menurutnya hijab yang dipakai sepanjang hari itu membuatkan dia terpaksa keluar dari dewan bedah disebabkan bimbang mengenai pengawalan jangkitan.

Hendak ditanggalkan dia tidak rasa selesa. Jadi setelah pulang ke Malaysia, Farah mencari idea dengan mencuba rekaan dan pelbagai fabrik untuk menyelesaikan isu ini.

_110166977_dsc_0873

Tambahnya lagi, dia mahu memperkenalkan penggunaan hijab ini secara meluas di peringkat global.

Pakar bedah perunding, Gill Tierney percaya pengenalan hijab tersebut adalah yang pertama seumpamanya di United Kingdom. Menurutnya lagi dia sedar akan isu yang dialami Farah tersebut dan berharap dengan kewujudan hijab ini dapat menyelesaikannya.

Sumber: BBC

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79828511_178455673211911_658594491704532455_n-tile

“Mula-mula saya macam tak percaya…”- Bapa Naura

muzik video eh main

‘Eh’ Nyanyian Zizi Kirana Cecah Lebih 1 Juta Tontonan Di YouTube!