in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Ini ‘Gambaran Mental’ Rakyat Indonesia Apabila Mendengar Nama Ibu Negara Malaysia

EMx8dlSUUAEY9xD-tile

Bagi rakyat Malaysia, jarang kita memikirkan secara mendalam tentang nama ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.

BACA: Hantar Mesej ‘Lain Macam’ Pada Abang, Netizen Berdekah!

Walaupun terdapat sejarahnya sendiri, nama Kuala Lumpur itu sememangnya unik dan menarik. Jadi tidak hairanlah orang luar akan tertanya-tanya bagaimana bandar raya negara kita mendapat nama.

Persimpangan 2 sungai.

Mengikut sejarah, Kuala Lumpur mendapat nama dari kawasan perlombongan biji timah yang terletak di persimpangan atau ‘kuala’ Sungai Gombak dan Sungai Klang. Dalam Bahasa Melayu, kuala pertemuan dua aliran sungai akan dinamakan dengan nama sungai yang lebih kecil.

Oleh kerana Sungai Gombak dahulunya dikenali sebagai Sungai Lumpur, kuala tersebut diberi nama Kuala Lumpur. Dari situ terbitnya nama Kuala Lumpur atau makna literalnya ‘simpang sungai berlumpur’.

Cara unik Kuala Lumpur mendapat nama sememangnya tidak dapat dirungkai oleh rakyat bukan Malaysia yang kurang pengetahuan tentang sejarah negara kita.

Malah ada yang mengaku membayangkan sesuatu yang langsung tiada kena mengena dengan sejarah Malaysia.

Seperti baru-baru ini, gambar seekor beruang koala sedang bermain lumpur telah tular di media sosial dengan kapsyen ‘ibukota Malaysia’.

Ramai yang mengaku membayangkan gambar itu dalam fikiran setiap kali mendengar nama Kuala Lumpur.

“Inilah gambaran mental rakyat Indonesia setiap kali kami dengar nama ibu negara anda…”

EMx8dlSUUAEY9xD

Posting yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter warga Indonesia itu membuat rata-rata netizen terhibur.

“Ini lucu!”

Annotation 2019-12-30 212816

“Kami juga ada Koala Cry…”

Annotation 2019-12-30 213042

“Pernah ingat Malaysia ada populasi koala macam Australia…”

Annotation 2019-12-30 214049

Malah ada juga yang keliru dengan gambar itu ‘Koala Lumpur’ itu dan cuba memberi tekaan-tekaan yang lucu.

“Kat Malaysia takde Koala…”

Annotation 2019-12-30 212748EM6xjSXUEAAAakq

“Gapaham joke-nya…”

Annotation 2019-12-30 212638

“Koala santai?”

Annotation 2019-12-30 213448

“Koala cangkung?”

Annotation 2019-12-30 213022Annotation 2019-12-30 213102 Annotation 2019-12-30 213144 Annotation 2019-12-30 213538

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Ciri-Ciri Perempuan Seperti Ini Dianggap ‘Limited’, Tapi Realitinya…

page

Aksi Lelaki Bermain Buaian Jadi Ilusi Optik Terakhir Dalam Dekad Ini