in ,

AngryAngry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Kagumi Hiasan Pokok Krismas Sampai Terkentut, Akhirnya…

page

Sempena Hari Krismas yang bakal tiba minggu depan, ramai penganut Kristian yang telah mula menghias rumah mereka dengan lampu berwarna-warni sejak awal bulan Disember.

Dalam apa-apa perayaan sekalipun, aktiviti menghias rumah menjadi waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh seisi keluarga.

BACA: Kombinasi Makanan Pelik, Maggi Dengan Limau Buat Hilang Selera!

Selain dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga, menghias rumah juga dapat meningkatkan kemeriahan perayaan yang disambut.

Bagi kebanyakkan keluarga, pokok Krismas menjadi hiasan wajib sebagai tarikan utama apabila tetamu berkunjung ke rumah. Tugas menghias pokok Krismas dengan hiasan yang sesuai mengikut tema juga adalah penting dan sukar, selain memakan masa berjam-jam.

Hiasan pokok Krismas yang telah siap dapat mengubah suasana di dalam rumah dalam sekelip mata.

Itulah yang berlaku dalam sebuah video yang tular, di mana seorang wanita dilihat sedang mengkagumi hiasan pokok Krismas di rumahnya.

Dia memanjat sofa untuk mencapai ketinggian pokok tersebut, sementara seorang teman merakam aksinya itu. Namun dia hampir tergelincir ketika cuba untuk bergerak, membuatkan dia dan temannya tergelak geli hati.

Dalam keseronokkan itu, gadis berkenaan tidak dapat mengawal dirinya menyebabkan dia tiba-tiba terkentut. Kelucuan situasi itu membuatkan dia hilang keseimbangan dan akhirnya terjatuh menimpa pokok Krismas yang baru dihias itu.

Video yang telah ditonton sebanyak 600 ribu kali membuat netizen terhibur menyaksikan bagaimana pokok itu musnah dalam sekelip mata. Ternyata tugas menghias pokok Krismas bukan sahaja menghasilkan keringat tetapi juga mengeluarkan angin.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Hidupan Bukan Manusia Tahan Lebih Lama Dengan Pujian

mini neelofa main

‘Mini’ Neelofa Jadi Tetamu Meletop Raih Perhatian Ramai, Memang Sama!