in ,

LOLLOL

Kampus Avengers Bersedia ‘Melatih Adiwira’ di Disneyland Tahun Depan

akademi avengers main

Buat peminat filem adiwira Avengers, ada berita gembira buat anda. Bermula musim panas 2020, anda akan berpeluang kunjungi Akademi Avengers yang bakal dibuka di Disney California Adventure Park.

BACA: Soundtrack Ejen Ali ‘Mama (Di Hatimu)’, Bikin Ramai Hiba

Wow, bunyinya macam menarik konsep Kampus Avengers di Disneyland ini. Biarpun namanya kampus, namun ia sebenarnya berupa taman tema yang melatih pengunjung untuk menjadi adiwira secara olok-olok.

Selain itu terdapat juga beberapa ride sama seperti taman tema lain. Kampus Avengers ini direka dengan pelbagai hiasaan berkonsepkan adiwira di dalam siri filem Avengers.

DLRACD7789-1024×467

Lebih terperinci mengenainya, pengunjung boleh mendapat pengalaman dunia Spider-Man melalui ride permainan yang tersedia.

Paling utama di dalam taman tema tu adalah rumah yang diberi nama ‘Worldwide Engineering Brigade’ (WEB). Bermula dengan rumah ini pengunjung dapat merasai inovasi terbaru mereka iaitu kenderaan ‘Web Slinger’. Memang nampak real!

DLCMACD646322-1024×458

Lebih menarik kampus ini juga menyediakan ‘Pym Test Kitchen’ yang mana sama seperti dalam filem Ant-Man and The Wasp. Teknologi Pym ini menggunakan ‘Pym Particles’ untuk mengecilkan atau membesarkan makanan.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat merasai pengalaman adiwira yang lain termasuklah Black Widow, Doctor Strange, Guardian of the Galaxy, adiwira dari Wakanda dan Asgard serta Iron Man.

DLRMACCC78878-1024×466

Bagaimanapun turut dihebahkan tarikh sebenar pembukaan taman tema ini masih belum disahkan. Selain dari Amerika Syarikat, mereka turut merancang untuk membina taman tema berupa Kampus Avengers di Walt Disney Studios Paris dan Hong Kong Disneyland.

Sumber: Disney Parks Blog

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79185407_559380771309947_2935059415937593260_n-tile

“Jarang2 berlaku…”- Jihan Muse pegang trofi anugerah ‘Asian Academy Creative Awards’

page

Teknik Menabung Ikut Warna Duit, Netizen Kongsi Tips & Hasil