in

Kanak-Kanak Cuci Surau Isi Masa Waktu Cuti Sekolah

Foto dalam surau sekadar hiasan
Foto dalam surau sekadar hiasan

Sudah memasuki minggu kedua anak-anak cuti sekolah, pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Mungkin ada ibu bapa yang ada menyediakan pelan untuk bercuti dan sebagainya. Namun bagi kanak-kanak lelaki ini lain pula ceritanya.

BACA: Selamatkan Diri Dalam Air Dengan Jadikan Seluar Sebagai Pelampung

Dua kanak-kanak lelaki ini mengambil inisiatif untuk mengisi masa dengan mencuci surau. Dua kanak-kanak tersebut berusia 12 dan 13 tahun membersihkan surau Al-Muklisin Taman Desa Baiduri, Cheras.

Perkongsian mengenai kisah dua budak lelaki ini di Twitter meraih lebih 544 retweets dan 1,200 likes oleh seorang pengguna media sosial tersebut.

Berdasarkan perkongsian itu, individu tersebut terserempak dengan mereka berdua yang sedang mencuci surau kerana bosan ketika cuti sekolah. Tulisnya lagi mereka mula mencuci surau bermula jam 7.30 pagi.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Menerusi laporan Sinar Harian, individu pemilik akaun Twitter tersebut bernama Muhammad Idham Adha bin Nazri, 24 tahun dan bekerja dengan anak syarikat telekomunikasi. Pada waktu dia menemui kedua budak lelaki itu, dia ada kerja yang perlu dilakukan di surau tersebut sebelum membawa salah seorang dari mereka makan.

Bukan sekadar membersih, malah kanak-kanak itu turut menggantikan imam solat fardu sekali-sekala. Selain itu dia turut bertanya pada mereka bila dewasa nanti mahu jadi apa, dan jawapan diberikan adalah ‘bilal masjid negeri’.

Cukup kagum dengan perbualan dan perbuatan kedua kanak-kanak ini, netizen turut meluahkan rasa kagum dengan aktiviti kanak-kanak di musim cuti persekolahan dan terima kasih kepada pemilik akaun Twitter ini yang berkongsikan mengenai mereka.

“Terima kasih melayan mereka… Ia pasti akan beri inspirasi untuk teruskan apa yang dilakukan mereka…”

cuci surau cuti sekolah 1

“Kecik-kecik lagi dah pandai jadi imam”

cuci surau cuti sekolah 2Sumber: Sinar Harian

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

neelofa2

“Mula2 mmg x bole terima, mcm Running Man… takde Gary…”- Netizen

jihan2

Sudah sebati Neelofa & Nabil, tapi netizen hanya cadang Jihan…