in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Kedudukan Katil Dengan Idea Merepek Undang Rasa Tidak Selesa

katil

Katil adalah salah satu perabot yang paling penting untuk diletakkan di dalam bilik tidur. Kedudukan tempat tidur pula memainkan peranan dalam memberikan waktu rehat yang berkualiti.

Pepatah Inggeris ada menyebut ‘waking up on the wrong side of the bed’, yang merujuk kepada bagaimana kita bangun tidur dengan posisi yang tidak elok, atau melangkah dengan kaki kiri sebaik bangun dari tidur menyebabkan kita rasa bad mood.

BACA: Pelajar Jumpa ‘Ulat Beluncas’ Dalam Perjalanan Ke Kelas, Ini Yang Jadi…

Mood yang tidak baik pula akan memberi kesan kepada kita sepanjang hari dan mempengaruhi sikap kita. Jadi bangun dengan ‘langkah’ yang betul adalah penting.

Adab ketika tidur.

Dalam Islam juga ada diajarkan adab tidur, antaranya mengiring ke sebelah kanan, dan kaki tidak menghadap ke arah kiblat. Oleh itu, posisi katil perlu diambil kira apabila menyusun perabot di dalam bilik, selain untuk keselesaan diri dan menggunakan ruang sebaiknya.

Bergantung kepada jumlah penghuni bilik, terdapat katil jenis king, queen, single, dan double decker.

Kedudukan katil.

Bagi bilik dengan ruang yang besar, katil king atau queen lebih sesuai diletakkan di bahagian tengah dengan kepala katil didekatkan ke dinding. Katil bujang dalam ruang yang sederhana pula biasanya diletakkan di tepi dengan satu sisi didekatkan ke dinding.

Secara nalurinya manusia akan memilih posisi tidur yang dirasakan selamat serta terlindung dari serangan, dan yang memberi kita pandangan luas dan jelas terhadap persekitaran sekeliling.

Namun baru-baru ini seorang pengguna Tumblr telah memulakan wacana berkenaan satu-satunya posisi katil yang normal dan dapat diterima pakai.

Pengguna atas nama rosecentimental itu menyatakan sekurang-kurangnya satu sisi katil perlu didekatkan pada dinding.

https://heartsdesire456.tumblr.com/post/186608990253/sorry-but-if-your-bed-isnt-against-at-least-one

Kenyataan itu mengundang netizen untuk berkongsikan pendapat mereka, dan ramai yang setuju bahawa orang yang meletakkan katil mereka ditengah-tengah bilik adalah psiko dan tidak mempunyai rasa takut.

Annotation 2019-12-05 194857

Annotation 2019-12-05 190946

Pandangan tersebut ada benarnya, kerana cuba bayangkan jika bilik kita dimasuki penjahat, kita akan dikepung dari semua sudut.

Berikutan itu lebih ramai yang mencadangkan posisi-posisi katil yang diletakkan di lokasi yang luar biasa di dalam bilik.

Annotation 2019-12-05 200207

Annotation 2019-12-05 200323

“Macam mana dengan yang ni…”

Annotation 2019-12-05 200247

“Katil Thomas Jefferson…”

Annotation 2019-12-05 200403

Rata-rata netizen rasa tidak selesa dengan idea-idea kedudukan katil yang dicadangkan, sementara ada juga yang mengaku menyusun katil mereka di lokasi yang tidak praktikal.

“Pernah buat, selesa tapi buat korang jadi gila…”

Annotation 2019-12-05 192233

“Macam haiwan…”

Annotation 2019-12-05 193353

Annotation 2019-12-05 193046

“Buat rasa tak selesa…”

Annotation 2019-12-05 192135

Sumber: Tumblr

 

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Foto sekadar hiasan

Budak 8 Tahun Hantar Surat Pada AJK Surau Gara2…

page

Lelaki Calarkan Kereta Untuk ‘Paksa’ Bapa Bayarkan, Akhirnya Dipenjara