in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Khasiat’ Nilofa Banana Milk Tarik Perhatian Pakar, Ejen Beri Penjelasan

nilofa banana milk

Dianggap sebagai salah seorang usahawan selebriti paling berjaya di Malaysia, Neelofa baru-baru ini telah melancarkan perniagaan terbarunya, Nilofa Banana Milk.

Seperti biasa, banyak ejen-ejen perniagaan yang merebut peluang untuk mempromosikan dan menjual produk baru itu.

BACA: Sukan SEA 2019 Trending, Layanan Tuan Rumah Buat Netizen Berang

Dalam usaha mempromosikan produk itu kepada orang ramai terdapat juga infografik yang dihasilkan berkenaan minuman susu itu.

Namun carta yang tersebar telah menarik perhatian segelintir netizen dan pakar perubatan berkenaan dengan maklumat yang dikeluarkan.

EKgrrxFUcAExqMf

Antara dakwaan yang ditulis dalam infografik tersebut adalah susu Nilofa itu mengandungi kepelbagaian nutrien seperti serat, serta dapat mengawal selia pengeluaran insulin.

Namun seorang dietitian mempersoalkan bagaimana label nutrisi pada produk itu tidak pun menyatakan kandungan serat. Di samping itu juga tidak terkandung bahan yang dapat membantu dalam pengeluaran insulin di dalam susu tersebut.

Dakwaan dalam iklan itu juga tiba ke pengetahuan Dr. Amalina Bakri yang mempersoalkan tentang kekeliruan itu.

Meminta penjelasan dari Neelofa sendiri berkenaan ketidaktepatan maklumat yang digunakan dalam iklan itu, beberapa ejen perniagaan tampil memberi penjelasan.

Annotation 2019-12-04 132256

Menurut mereka, maklumat berkenaan susu pisang Nilofa itu sebenarnya bukan datang dari HQ rasmi produk itu atau Neelofa sendiri.

EKmaCecU0AE8QyO

Tetapi ejen dan stokis terlibat yang telah bertanggungjawab menghasilkan infografik itu sebagai langkah pengiklanan dan promosi produk.

Namun setakat ini tiada tindakan yang diambil atau penjelasan oleh pihak pemasaran, menyebabkan ada yang keliru dengan dakwaan tentang susu pisang viral itu.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shuib dan anak

“Mama nak mainan…”- Gelagat cium ‘ketiak’ Shuib dan anak bikin terhibur

neelofa2

“Mula2 mmg x bole terima, mcm Running Man… takde Gary…”- Netizen