in

CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG

Lukisan Rumah Idaman Kanak-Kanak Jadi Lukisan 3D. Nampak Menarik!

rumah idaman kanak2 main

Gambaran dan idea kanak-kanak sememangnya di luar jangkaan. Namun kadang-kadang cukup kreatif. Bayangkan pula apakah idea kreatif yang mereka ada apabila diminta menghasilkan lukisan rumah idaman kanak-kanak?

BACA: Usik Kanak-Kanak Supaya Tak Merayau Jauh Dari Rumah, Reaksi Budak Ini Memang Kelakar!

Sudah pasti hasil kreativiti anak-anak ini di luar jangkaan jadinya. Biarpun begitu, lukisan rumah idaman kanak-kanak ini tidak disia-siakan apabila ia hasilkan dalam bentuk 3D.

Dari hasil bentuk 3D barulah dapat dilihat bagaimana rupa sebenar jika lukisan rumah idaman kanak-kanak ini dalam dunia sebenar. Inisiatif ini dilakukan oleh sebuah agensi jual beli rumah di UK, Bankrate.

Difahamkan mereka meminta kanak-kanak berusia 4 hingga 10 tahun di negara itu untuk melukis rumah idaman mereka dengan menggunakan imaginasi masing-masing.

Agensi ini bukan sahaja menaiktaraf lukisan rumah idaman kanak-kanak ini kepada 3D, malah turut menyertakan harga pasaran semasa rumah berkenaan.

Berikut antara hasil-hasilnya:

Sally’s ‘Bonkers Mansion’ – £4 juta hingga £4.25 juta

Sally_s_Bonkers_Mansion_OG

Sally_s_Bonkers_Mansion_2

Sally_s_Bonkers_Mansion_Exterior

Rekaan rumah ini agak moden dan futuristik. Lihat sahaja bahagian lakaran rumah ini cukup terperinci. Bahagian tandas dengan bekas bahan buangan, ada kolam renang dengan coklat di dalamnya, rumput merah jambu dan lain-lain. Luar biasa daya imaginasi si pereka ini.

Sophia’s ‘Doughnut House’ – £5 juta

Sophia_s_Doughnut_House_OG

Sophia_s_Doughnut_House_Exterior

Sophia_s_Doughnut_House_Interior

Memilih donut sebagai rujukan subjek utama, lukisan rumah idaman dari kanak-kanak bernama Sophia ini sebenarnya tidak kurang hebatnya. Manakan tidak bentuknya cukup ringkas, sesuai buat yang sukakan minimalis.

Barren’s ‘Underwater Jellyfish Paradise’ – £35 juta

Berrin_s_Jellyfish_House_Exterior

Berrin_s_Jellyfish_House_OG

Berrin_s_Jellyfish_House_Interior

Paling hebat! Imaginasi rumah di dalam laut dengan reka bentuk obor-obor. Biarpun di dalam air, namun rekaannya sahaja pun sudah nampak penuh hiburan buat kanak-kanak.

Sumber: Bankrate

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Moment majlis

“Mesti jadi trend ikutan…”- Elfira kongsi moment, majlis sentiasa ‘tip top’ dipuji kegigihan…

lori redah banjir main

Banjir Di Terengganu, Video Lori Selamba Redah Buat Ramai Terkejut!