in ,

CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Makan McDonald’s 3 Kali Sehari Tapi Boleh Turunkan Berat Badan?

Foto burger sekadar hiasan
Foto burger sekadar hiasan

Siapa sahaja yang tidak menginginkan berat badan ideal dan tubuh yang sihat. Buat yang masih berusaha mendapatkannya jangan mudah berputus asa. Orang kata ketika dalam proses menurunkan berat badan, kena elakkan dari makan McDonald’s, KFC, Pizza dan sebagainya.

BACA: Kucing Makan Jagung Siap Dengan Efek Bunyi Curi Tumpuan

Ini kerana kandungan kalori yang tinggi boleh membuatkan misi untuk menurunkan berat badan ini gagal. Bukan itu sahaja ia juga mungkin menjadi penyebab utama berat badan semakin bertambah.

Biarpun begitu, baru-baru ini seorang gadis mendakwa berat badannya turun 15kg selepas mengamalkan makan McDonald’s 3 kali sehari. Uish, pelik juga pendedahan gadis ini.

Foto gadis  tersebut sebelum dan terkini
Foto gadis tersebut sebelum dan terkini

Menurut gadis yang berasal dari Taiwan ini, berat badannya turun biarpun makan makanan dari restoran segera tempatnya bekerja itu saban hari. Walaubagaimanapun cara pemakanan tersebut ada kaedah tersendiri dan bukanlah seperti yang biasa orang lain makan.

Ceritanya, dia tidak makan kulit ayam goreng, epal pie, roti burger, minuman manis dan Kentang. Dia hanya makan daging burger, kobis, telur, sayap ayam rangup, minuman tanpa gula dan isi ayam goreng sahaja.

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Tambahnya lagi ini kerana pada suatu hari dia terdengar rakan sekerjanya mengata kakinya terlalu besar dan dia masih berani memakai skirt. Dari situ dia mula mengamalkan pemakanan sebegini dan dia berterima kasih kepada rakannya itu.

“Tanpa kata-katanya itu mungkin berat saya lebih dari 70 kilogram hari ini,” katanya.

Dia berjaya menurunkan 15 kilogram dalam masa sebulan sahaja. Malah saiz bajunya juga dari M bertukar ke S.

Sumber: Ladbible

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

73512802_2167531890016565_9192010258630651326_n-tile

“Suami yang pernah menyayangi & mencintai isterinya takkan pernah sampai hati…”

jerung ikea 2main

Pameran Barangan Ikea Diubahsuai Pelanggan, Hasilnya Mencuit Hati!