in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Menarik! Lihat Rupa Watak2 ‘Spongebob’ Dalam Versi Manusia

page

Siri kartun Spongebob Squarepants yang sering dimainkan di saluran Nickelodeon dan TV9 telah menjadi kegemaran ramai, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Kenyataannya, rancangan kanak-kanak yang sempurna adalah hiburan yang boleh ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat. Sesuatu penulisan dan visual perlulah cukup menarik untuk orang kanak-kanak sambil turut dapat menghiburkan penonton dewasa.

BACA: Tular Video Pendaki ‘Meniti’ Atas Puncak Gunung, Netizen Kecut Perut

Kombinasi itu adalah sangat sukar untuk direalisasikan, tetapi Spongebob Squarepants berjaya mengendalikannya.

Watak-watak seperti Spongebob, Patrick, Mr.Krab, dan Plankton yang digambarkan dengan personaliti lucu dan melampau berserta ragam mereka yang tidak masuk akal dapat membuat sesiapa sahaja ketawa.

Di samping itu terdapat juga banyak jenaka halus dan topik yang disentuh yang hanya dapat difahami oleh orang dewasa.

Annotation 2019-12-06 074126

Jika baru-baru ini Nickelodeon telah mengumumkan kolaborasi dengan Netflix untuk menghasilkan filem spinoff tentang Squidward, ramai yang tidak tahu bahawa sambutan memberangsangkan yang diterima juga telah membawa kisah Bikini Bottom ke muzikal Broadway.

Lebih menarik, watak-watak dalam muzikal tersebut bukan dilakonkan dengan sut kostum, tetapi dengan menterjemahkan penghuni Bikini Bottom kepada versi manusia.

Kedatangan Spongebob ke Broadway jelas menandakan bahawa kartun itu bukan sahaja sesuai untuk penonton cilik. Malah David Bowie juga sempat menuliskan lagu untuk persembahan muzikal itu sebelum dia meninggal dunia.

Persembahan teater muzikal itu akan ditayangkan pada Ahad pagi di saluran Nickelodeon.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

mendaki gunung

Tular Video Pendaki ‘Meniti’ Atas Puncak Gunung, Netizen Kecut Perut

mufti jawab surat main

Mufti Wilayah Jawab Surat Budak 8 Tahun Yang Tular